Lawatan Akademik Latihan Industri Fakulti Sains Bumi

Disediakan oleh : Dr. Muhamad Azahar Abas

LI
Lawatan akademik pelajar latihan industri, Fakulti Sains Bumi (FSB) telah dijalankan bermula pada bulan Mac sehingga Mei 2019. Seramai 18 orang pensyarah pelawat yang telah dilantik pada sesi lawatan pada kali ini. Tujuan utama lawatan akademik latihan industri dilaksanakan adalah bagi memantau prestasi pelajar yang sedang menjalani latihan industri di syarikat atau agensi yang berkaitan. Selain itu, lawatan akademik ini juga merupakan salah satu petaksiran pelajar yang terlibat dalam latihan industri.

Pada tahun ini, seramai 146 orang pelajar tahun 4, FSB sedang mengikuti latihan industri di seluruh Malaysia. 142 orang pelajar latihan industri FSB mengikuti latihan di Semenanjung Malaysia, 3 orang pelajar di Sabah dan seorang pelajar di Sarawak. Namun, lawatan akademik ini hanya melibatkan pelajar yang menjalankan latihan di Semenanjung Malaysia (142 pelajar) dan Sabah (3 pelajar). Secara keseluruhan,prestasi para pelajar yang menjalani latihan industri ini adalah memmuaskan.Selain penyeliaan dan tunjuk ajar yang diberikan oleh pihak industri kepada pelajar, mereka juga turut mengemukakan cadangan penambahbaikan kualiti kemahiran serta personaliti pelajar. Antara cadangan industri adalah meningkatkan tahap profesionalisme pelajar, mengukuhkan lagi tahap keyakinan pelajar dan meningkatkan kemahiran insaniah pelajar. Segala cadangan yang diberikan oleh pihak industri akan diberi perhatian dalam program pembangunan pelajar dan kebolehpasaran pelajar pada masa akan datang. Sehubungan itu, hampir 10% daripada pelajar latihan industri pada tahun ini telah berjaya mendapat tawaran pekerjaan di tempat mereka menjalankan latihan industri. Semoga lawatan akademik pelajar latihan industri akan dapat dilaksanakan lagi pada masa hadapan bagi menunjukkan komitmen fakulti terhadap pelajar yang dididik selama 4 tahun pengajian.

LI1   LI2   LI3

QR CODE

Buletin FSB

2017
 Jan June 2017 v4 BM Aug2017 2 

Edisi Jan -Jun

   JUL DIS 2017 BM Opie V2 recovered

Edisi Jul - Dis

2018

jan jun2018

Edisi Jan - Jul

 

 2018

Edisi Ogos - Dis

     
     

Buku Laporan Tahunan

2017
 
BUKU LAPORAN TAHUNAN FSB 2017
 

  

{/tabs}

 

Log Masuk

Sertai Kami Di Facebook