Kerja Lapangan Bagi Pengajaran Dan Pembelajaran Kursus Elektif Dan Teras Program Sains Sumber Asli Di Tasik Kenyir, Terengganu

Disediakan oleh Dr. Radhiah Zakaria & Dr. Nazahatul Anis Amaludin

Aktiviti kerja lapangan sangat penting bagi membantu pelajar bagi memahami teori yang dipelajari di kuliah dengan lebih mendalam dan juga dapat memberi pendedahan serta pengalaman praktikal kepada pelajar. Seramai 85 pelajar tahun 1,2 dan 3 bersama dengan empat pengajar kursus dan dua pembantu makmal Sains Sumber Asli (SEN) Fakulti Sains Bumi (FSB) telah menjalankan aktiviti kerja lapangan di Tasik Kenyir, Terengganu.

Aktiviti kerja lapangan ini telah dijalankan dan melibatkan empat kursus bagi Sesi Pengajaran dan Pembelajaran semester Februari 2018/2019. Kursus Ekologi Sumber Asli (ENT2083), Biologi Angiosperma (ENE2263), Kerjalapangan dan Teknik dalam Makmal (ENT2293) dan Sistematik Tumbuhan dan Haiwan(ENT1263) merupakan kursus – kursus yang terlibat bagi aktiviti ini yang dijalankan di Tasik Kenyir, Terengganu, pada 7 - 11 April 2019. Aktiviti kerja lapangan ini sangat penting bagi membantu pelajar bagi memahami teori yang dipelajari di kuliah dengan lebih mendalam. Aktiviti ini juga dapat memberi pendedahan serta pengalaman kepada pelajar kepada pengenalan tumbuhan dan haiwan beserta cara – cara pengumpulan data ekologi tumbuhan dan haiwan yang betul di lapangan.

kenyir

Pelajar sedang mendengarkan taklimat dari En. Ahmad Fakhrurazi mengenai Stesen Penyelidikan Kenyir

kenyir1

Rafflesia cantleyi (Bunga Pakma)

kenyir2

   kenyir3
Beberapa gambar menarik yang dijumpai semasa aktiviti kerja lapangan

 

 

QR CODE

Buletin FSB

2017
 Jan June 2017 v4 BM Aug2017 2 

Edisi Jan -Jun

   JUL DIS 2017 BM Opie V2 recovered

Edisi Jul - Dis

2018

jan jun2018

Edisi Jan - Jul

 

 2018

Edisi Ogos - Dis

     
     

Buku Laporan Tahunan

2017
 
BUKU LAPORAN TAHUNAN FSB 2017
 

  

{/tabs}

 

Log Masuk

Sertai Kami Di Facebook