Lawatan Ilmiah Dan Sumbang Bakti Komuniti Berteraskan Ekopelancongan Di Min’s House Camp

Disediakan oleh : Dr. Norashikin Fauzi

Pada 24 Mac 2019, seramai 52 orang pelajar kursus Pengurusan Pelancongan Sumber Asli (ENT3174) diiringi oleh dua pensyarah kanan, Dr. Norashikin Fauzi selaku penyelaras kursus dan Dr. Firdaus Abdul Karim serta pembantu makmal, En. Mohd. Firdaus Mohd. Ridzuan telah mengadakan lawatan ilmiah ke Min’s House Camp.

EkopelanconganObjektif utama lawatan ini adalah untuk memberi pendedahan secara mendalam kepada para pelajar melalui pengkongsian ilmu oleh pengusaha ekopelancongan yang berorientasikan komuniti setempat atau dikenali sebagai Community Based Tourism (CBT). Pengusaha Min’s House Camp yang dikenali sebagai Puan Wan Noriah Wan Ramli telah berjaya meraih dua anugerah di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.Sejajar dengan pengiktirafan yang diberikan oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) dan ASEAN Community Based Tourism Award, para pelajar didedahkan dengan pengurusan premis secara sistematik dan effisien, hospitaliti serta servis yang ditawarkan kepada pelancong tempatan mahupun antarabangsa.

Selain daripada itu, para pelajar turut menyumbangkan 10 produk yang mesra alam kepada premis Min’s House Camp untuk digunapakai oleh para pelancong yang berkunjung ke situ. Penggembelengan tenaga dan daya usaha para pelajar secara berkumpulan dalam menghasilkan produk daripada bahan terbuang berasaskan tayar turut dinilai daripada aspek gaya pembentangan, kreativiti, ergonomik, praktikaliti, semangat kerjasama dan kos penghasilan produk. Kesemua produk yang dihasilkan telah dinilai melalui pertandingan “Eco-friendly product for Ecotourism” di mana para juri terdiri daripada pemilik Min’s House Camp, pensyarah kanan dan rakan sekuliah (peer review). Produk yang mendapat markah tertinggi adalah rekaan Tong Sampah Minion daripada tayar terpakai yang diketuai oleh Wallace Lee Tian Zhu. Setiap kumpulan turut diberikan hadiah dan sijil penghargaan.

Sebagai menghargai sumbangan para pelajar, Puan Wan Noriah Wan Ramli telah menghulurkan sumbangan sebanyak RM100 kepada Kelab Eco-Friendly, Fakulti Sains Bumi dengan harapan dapat mempergiatkan usaha menyokong ekopelancongan dan menggunakan bahan kitar semula demi kesejahteraan sejagat serta kelestarian alam sekitar.

Ekopelancongan1
Ekopelancongan2 Ekopelancongan3
Ekopelancongan4 Ekopelancongan5
Ekopelancongan6

QR CODE

Buletin FSB

2017

JUL DIS 2017 BM Opie V2 recovered 

Edisi Jul - Dis
Jan June 2017 v4 BM Aug2017 2 Edisi Jan -Jun
   
2018
jan jun2018  Edisi Jan - Jun
   
2018 Edisi Ogos - Dis

 

           

 

Log Masuk

Sertai Kami Di Facebook