Lawatan Akademik Kursus Elektif Dan Teras Program Sains Kelestarian, Fakulti Sains Bumi

Disediakan oleh : Dr. Muhamad Azahar Bin Abas

Pada 25 – 27 April 2018, seramai 48 orang pelajar Sains Kelestarian Tahun 3 telah mengikuti lawatan akademik ke Vale, Eco centre, Perak, Kementerian Hal Ehwal Ekonomi, Putrajaya dan Taman Negara Sg. Relau, Pahang. Lawatan akademik ini telah diiringi 3 pensyarah iaitu Dr. Muhamad Azahar Abas, Dr Amal Najihah Muhd Noor, dan En Nor Hizami Hassin yang merupakan pensyarah bagi kursus Sosiologi & Pembangunan Lestari (EKE 3093), Isu Tadbir Urus Dalam Sains Kelestarian (EKE 3103) & Ekonomi Perdagangan & Alam Sekitar (EKT 3143).

Lawatan akademik ini bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar berkaitan aplikasi konsep sains kelestarian dengan lebih mendalam dalam konteks tadbir urus, sosiologi dan ekonomi di lapangan. Semasa lawatan, pelajar telah didedahkan secara praktikal tentang keadaan realiti pengurusan dan pentabiran berkaitan alam sekitar di sektor pekerjaan awam dan swasta di samping pengetahuan secara teori yang telah mereka belajar di bilik kuliah. Pelajar juga telah dapat membina tahap keyakinan yang baik dan sifat ingin belajar melalui sesi soal jawab yang telah diadakan. Pelajar juga turut didedahkan dengan peluang pekerjaan yang boleh diceburi kelak. Lawatan Akademik ini juga dijadikan salah satu inisiatif untuk mempromosikan Program Sains Kelestarian yang ditawarkan di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Kampus Jeli.

Akhir sekali, secara tidak langsung lawatan akademik ini juga telah dapat memupuk sifat kerjasama dan tanggungjawab yang baik di kalangan pelajar SEL 3 melalui tugasan yang diberikan semasa lawatan.

fieldtrip ekt 3143   fieldtrip ekt 3143 1
fieldtrip ekt 3143 2    fieldtrip ekt 3143 3
fieldtrip ekt 3143 4

QR CODE

Buletin FSB

2017
 Jan June 2017 v4 BM Aug2017 2 

Edisi Jan -Jun

   JUL DIS 2017 BM Opie V2 recovered

Edisi Jul - Dis

2018

jan jun2018

Edisi Jan - Jul

 

 2018

Edisi Ogos - Dis

     
     

Buku Laporan Tahunan

2017
 
BUKU LAPORAN TAHUNAN FSB 2017
 

  

{/tabs}

 

Log Masuk

Sertai Kami Di Facebook