Program Drone @ School : Pendekatan Kepada Teknologi Melalui Kerjasama Universiti Malaysia Kelantan Dan Komuniti Jeli

Disediakan oleh : Dr. Noor Janatun Naim Jemali


droneschool

Pendekatan amali luar dengan penglibatan komuniti untuk berkongsi ilmu dan pengalaman telah diadakan bersama pelajar dan guru daripada Sekolah Kebangsaan Jeli (I) pada 28 April 2019. Program melibatkan seramai 46 orang pelajar daripada program Sains Sumber Asli (SEN), 2 orang pensyarah kursus, 200 murid sekolah rendah dan pra-sekolah SK Jeli 1 yang diiringi oleh 5 orang guru.

droneschool1Program ini dijalankan dengan berpandukan modul penggunaan peranti penderiaan jauh, dron dan beberapa modul lain yang dibina berasaskan ilmu sains, komputer dan kejuruteraan. Program yang diadakan juga adalah salah satu penilaian bagi Kursus Pengenalan Kepada Penderiaan Jauh (EFT2293) dan Kursus Pengenalan Kepada Pengkomputeran (EFT1273).

Objektif penganjuran program selain merupakan penilaian berterusan bagi kursus EFT2293 dan EFT1273 bagi mempraktikkan penggunaan alat peranti penderiaan jauh, ia juga diadakan bagi mempertingkatkan kemahiran praktikal dalam kalangan pelajar serta memupuk semangat kerjasama dalam melakukan tugasan berkumpulan. Selain itu program ini memberi pendedahan kepada murid SK Jeli 1 mengenai penggunaan teknologi terkini berserta isu sains dan perkara yang berkaitan dengan alam sekitar. Modul yang digunakan adalah hasil buah fikiran dan idea oleh para pelajar SEN dan disemak oleh pensyarah kursus terlebih dahulu sebelum digunakan dalam program ini.

droneschool2Dalam program ini, pelajar mempraktikkan ilmu penderiaan jauh dan teknologi pengkomputeran yang dipelajari secara teori dalam bilik kuliah. Program yang dijalankan adalah selaras dengan aspirasi Kementerian Pendidikan yang menekankan pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) di kalangan pelajar sekolah rendah atau menengah dalam aktiviti kurikulum dan kokurikulum mereka. Program yang diadakan ini adalah bagi memperkasakan pendidikan STEM melalui gabungan amali luar kursus pengenalan kepada penderiaan jauh. Program ini digabungkan dengan aktiviti khidmat masyarakat yang melibatkan pelajar dan guru dari SK Jeli 1.

 

droneschool3

droneschool4

 

 

 

QR CODE

Buletin FSB

2017

JUL DIS 2017 BM Opie V2 recovered 

Edisi Jul - Dis
Jan June 2017 v4 BM Aug2017 2 Edisi Jan -Jun
   
2018
jan jun2018  Edisi Jan - Jun
   
2018 Edisi Ogos - Dis

 

           

 

Log Masuk

Sertai Kami Di Facebook