Bengkel Time Management For Research 2019 Fakulti Sains Bumi

Disediakan oleh : Nor Hizami Hassin & Dr. Shaparas Daliman

Bengkel Time Management for Research Fakulti Sains Bumi adalah merupakan kesinambungan daripada Bengkel Pengurusan Geran Penyelidikan (Amatur) yang telah diadakan pada awal tahun 2018 di Fakulti Sains Bumi yang mana kebanyakan pensyarah telah memperolehi geran penyelidikan sama ada daripada dalaman UMK atau luar UMK. Bengkel ini telah diadakan pada 18 April 2019 dan sasaran utama peserta adalah terdiri daripada kalangan pensyarah di Fakulti Sains Bumi khususnya dan juga di UMK Kampus Jeli amnya. Namun, terdapat juga peserta daripada kalangan pascasiswazah yang turut berminat untuk menghadiri bengkel yang telah diadakan.

Penceramah yang telah diundang bagi berkongsi kepakaran dan pengalaman dalam penyelidikan dalam bengkel ini adalah Prof. Ir. Ts. Dr. Ahmad Ziad Sulaiman daripada Fakulti Bio Kejuruteraan dan Teknologi, Universiti Malaysia Kelantan Kampus Jeli. Beliau merupakan salah seorang penyelidik yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penyelidikan di samping menjalankan tanggungjawab dalam tugas dan kerja akademik di fakulti beliau.

time manage1Objektif utama bengkel ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada pensyarah berkenaan tentang pengurusan masa yang cekap dalam melaksanakan kerja penyelidikan bagi memastikan segala aktiviti penyelidikan yang dirancang dapat dilaksanakan dengan sempurna terutamanya kepada pensyarah yang mempunyai lebih daripada satu geran penyelidikan. Selain daripada itu, perkongsian pengalaman dalam bengkel ini juga adalah untuk membantu penyelidik dalam tatacara untuk menguruskan peruntukan kewangan dan mencapai keperluan KPI geran penyelidikan dengan lebih efisyen. Ini kerana, pengurusan kewangan penyelidikan juga antara komponen yang perlu dititikberatkan untuk diuruskan dengan cekap bagi mengelakkan penyelidik terleka atau gagal menguruskan peruntukan yang telah diluluskan seiring dengan aktiviti penyelidikan yang dijalankan dalam masa yang telah ditetapkan.

Oleh itu, penganjuran bengkel yang telah diadakan ini adalah diharapkan menjadi sebagai salah satu platform untuk pensyarah meningkatkan pengetahuan tentang pengurusan masa dan kewangan secara cekap serta efektif dalam menjalankan aktiviti geran penyelidikan di samping menjalankan tanggungjawab hakiki sebagai pensyarah.

time manage

QR CODE

Buletin FSB

2017
 Jan June 2017 v4 BM Aug2017 2 

Edisi Jan -Jun

   JUL DIS 2017 BM Opie V2 recovered

Edisi Jul - Dis

2018

jan jun2018

Edisi Jan - Jul

 

 2018

Edisi Ogos - Dis

     
     

Buku Laporan Tahunan

2017
 
BUKU LAPORAN TAHUNAN FSB 2017
 

  

{/tabs}

 

Log Masuk

Sertai Kami Di Facebook