Konsensus Deraf Memorandum Persefahaman (Mou) Antara Universiti Malaysia Kelantan Dan Jabatan Mineral Dan Geosains Malaysia

Disediakan oleh : Dr. Nursufiah Sulaiman

MOU JMGPada 11 Februari 2019, Fakulti Sains Bumi bersama Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) Kelantan telah mengadakan konsensus secara kolektif bagi memperkemaskinikan perincian deraf Memorandum Persefahaman (MoU). Pihak Fakulti Sains Bumi diwakili oleh tiga orang pensyarah Program Geosains- Dr. Nursufiah Sulaiman, Ir Arham Muchtar Achmad Bahar dan Puan ‘Ainaa’ Mardhiyah Hassin manakala Jabatan Mineral dan Geosains Kelantan diwakili oleh Encik Nurzaidi Abdullah merangkap Penolong Pengarah JMG Kelantan, Encik Zahidi Hamzah, Encik Mohd Yuslan Yusoff, Encik Ahmad Rosli Othman dan Puan Tengku Normie Waheeda Tengku Mansor.

MOU JMG1Perbincangan yang dipengerusikan oleh Penolong Pengarah JMG Kelantan ini telah diadakan di JMG Kelantan, Wisma Persekutuan. Antara intipati deraf MoU ini adalah kedua-dua pihak bersetuju untuk menggalakkan kerjasama dalam bidang penyelidikan dan akademik, pembangunan bahan-bahan saintifik, penerbitan dan maklumat, penganjuran bersama seminar, bengkel, persidangan dan aktiviti-aktiviti yang berkaitan. Pemeteraian MoU yang bakal berlangsung ini adalah salah satu usahasama pihak UMK dan JMG dalam mempertingkatkan kecemerlangan akademik serta penyelidikan yang berorientasikan kepada mineral dan geosains.

 

QR CODE

Buletin FSB

2017
 Jan June 2017 v4 BM Aug2017 2 

Edisi Jan -Jun

   JUL DIS 2017 BM Opie V2 recovered

Edisi Jul - Dis

2018

jan jun2018

Edisi Jan - Jul

 

 2018

Edisi Ogos - Dis

     
     

Buku Laporan Tahunan

2017
 
BUKU LAPORAN TAHUNAN FSB 2017
 

  

{/tabs}

 

Log Masuk

Sertai Kami Di Facebook