Fakulti Sains Bumi Di Pameran Pendidikan Dan Kerjaya Kolej Matrikulasi

Disediakan oleh : Dr. Marinah Muhamad

Pameran pendidikan dan kerjaya adalah satu program tahunan bagi Kolej Matrikulasi di seluruh Malaysia. Pada 11 hingga 12, dan 18 hingga 19 Januari pameran ini telah berlangsung di Kolej Matrikulasi Johor dan Kolej Matrikulasi Melaka yang mempunyai bilangan pelajar seramai 1,877 dan 2,031 orang masing-masing. Fakulti Sains Bumi, UMK telah mengambil peluang untuk turut sama menyertai pameran tersebut bagi memberi maklumat secara terus kepada para pelajar matrikulasi mengenai program pengajian yang ditawarkan di FSB khususnya dan di UMK amnya melalui satu slot khas yang telah disediakan oleh pihak penganjur.

Melalui pendedahan awal ini diharap ia dapat menarik minat para pelajar berkenaan untuk memilih program pengajian yang ditawarkan di FSB selepas tamat pengajian di kolej matrikulasi tersebut.


Selain penyediaan satu slot khas yang diberikan untuk sesi taklimat, pihak Kolej Matrikulasi juga turut penyediakan gerai pameran bagi setiap IPT yang menyertai pameran ini. Ini adalah untuk memberi lebih ruang dan peluang kepada para pelajar mereka sekiranya ada pertanyaan yang ingin diajukan disamping mendapat sebarang maklumat yang mereka ingini. Gerai pameran UMK tidak putus-putus dikunjungi oleh para pelajar dan sangat meriah dengan kehadiran para pensyarah yang mewakili setiap fakulti. FSB telah diwakili oleh En. Mohamd Hizami Hassin bagi pameran pendidikan dan kerjaya di Kolej Matrikulasi Johor manakala Dr. Nazahatul Anis Amaluddin bagi pameran pendidikan dan kerjaya yang berlangsung di Kolej Matrikulasi Melaka. Dengan adanya hubungan terus antara pensyarah dengan para pelajar tersebut diharap dapat memupuk minat para pelajar ini untuk menyambung pengajian dalam bidang yang ditawarkan di FSB seperti Sains Kelestarian, Sains Sumber Asli dan Geosains.

pameran1 pameran2 pameran3

QR CODE

Buletin FSB

2017
 Jan June 2017 v4 BM Aug2017 2 

Edisi Jan -Jun

   JUL DIS 2017 BM Opie V2 recovered

Edisi Jul - Dis

2018

jan jun2018

Edisi Jan - Jul

 

 2018

Edisi Ogos - Dis

     
     

Buku Laporan Tahunan

2017
 
BUKU LAPORAN TAHUNAN FSB 2017
 

  

{/tabs}

 

Log Masuk

Sertai Kami Di Facebook