Syarat Kemasukan ke Program Ijazah Sarjana Muda Dengan Kepujian Fakulti Sains Bumi

 

 

 

 

 

Program "My Tree for My FSB"

Disediakan oleh : Dr. Amal Najihah Muhamad Nor & Cik Sharifah Aisyah Syed Omar

Program penghijauan landskap Fakulti Sains Bumi (FSB) telah dijalankan bagi mengindahkan persekitaran laman baharu FSB serta memupuk kesedaran menyayangi alam sekitar di kalangan warga FSB. Ia juga merupakan salah satu strategi pemuliharaan bagi spesis pokok hutan untuk mengelakkan kepupusan spesis.

1Program yang bertema “My Tree for My FSB” telah disempurnakan oleh Dekan FSB, Profesor Madya Dr. Aweng a/l Eh Rak pada 23 Januari 2019 dengan penanaman pokok bunga tanjung (Mimusops elengi). Manakala pada 12 Februari, delegasi Pejabat Canselori yang mengadakan lawatan ke FSB turut menyokong usaha murni FSB dalam program penghijauan. Upacara penanaman tersebut diketuai oleh Naib Canselor UMK, Yang Berbahagia Profesor TS. Dr. Noor Azizi Ismail, turut sama Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Akademik, Profesor Dr. Zaliman Sauli, Pemangku Pendaftar, Encik Mohd. Akhmal Abu Bakar dan Bendahari, Puan Junaidah Badar.

Pihak FSB juga bersedia bekerjasama dengan sektor swasta dalam penanaman semula spesis pokok hutan dan projek pengayaan biodiversiti dalam usaha mencegah kepupusan spesies flora yang berharga. Program sebegini adalah penting bagi memastikan pemuliharaan dan kemapanan hutan serta kekayaan biodiversiti. Seusai program ini dilancarkan, strategi seterusnya adalah memastikan kelangsungan penjagaan spesis pokok hutan ini diteruskan sehingga membuahkan hasil. Adalah diharapkan agar hasil penanaman pokok matang boleh dijadikan satu sumber ekonomi atau sumber idea penyelidikan bagi fakulti pada masa akan datang.

2

Buletin FSB

buletin

 

Buku Laporan Tahunan

Laporan