Bengkel Semakan Dokumen Akreditasi Makmal Fakulti Sains Bumi - ISO17025

Disediakan Oleh: Noor Syuhadah Subki

Pihak pengurusan makmal Fakulti Sains Bumi (FSB) telah melaksanakan satu bengkel gerak kerja semakan dan penyediaan dokumen yang diperlukan untuk permohonan pensijilan ISO17025 di bawah Skim Akreditasi Makmal Malaysia (SAMM). Bengkel semakan dokumen akreditasi telah berjaya untuk mengumpulkan semua personel yang terlibat dengan proses akreditasi ini untuk membantu dalam menyediakan dan menyemak dokumen yang diperlukan sebelum permohonan dihantar kepada SAMM. Bengkel ini telah berjalan selama dua hari iaitu pada 20 dan 21 Januari 2019 bertempat di Makmal Komputer Fakulti Sains Bumi.


Bengkel yang berjalan selama 2 hari ini telah berjaya melaksanakan beberapa objektif yang telah dirancang seperti

1) Menyemak keperluan dokumentasi bagi proses akreditasi mengikut standad ISO17025,

2) Menyediakan dokumen yang diperlukan bagi permohonan akreditasi makmal,

3) Menyemak dan menambahbaik dokumen berkaitan akreditasi yang telah sediada dan

4) Memastikan usaha mendapatkan akreditasi agar keputusan analisa dan kalibrasi makmal fakulti diiktiraf dan membolehkan fakulti menjana pendapatan melalui servis makmal.

 

Bengkel ISO

QR CODE

Buletin FSB

2017
 Jan June 2017 v4 BM Aug2017 2 

Edisi Jan -Jun

   JUL DIS 2017 BM Opie V2 recovered

Edisi Jul - Dis

2018

jan jun2018

Edisi Jan - Jul

 

 2018

Edisi Ogos - Dis

     
     

Buku Laporan Tahunan

2017
 
BUKU LAPORAN TAHUNAN FSB 2017
 

  

{/tabs}

 

Log Masuk

Sertai Kami Di Facebook