Penyertaan Program Geosains di Pertandingan Pelajar Geologi 2018 di Institut Teknologi Bandung, Indonesia

Oleh: Chang Shen Chang (Pelajar Tahun Akhir Program Geosains)

Pada 5 hingga 9 November 2018, tiga pelajar program Geosains tahun empat Fakulti Sains Bumi (FSB) telah menyertai Pertandingan Pelajar Geologi 2018 bertempat di Institut Teknologi Bandung, Indonesia. Pertandingan ini dibahagikan kepada tiga kategori iaitu Pertandingan Kajian Kes; Pertandingan Smart dan Pertandingan Foto.

Peserta daripada FSB telah menyertai Pertandingan Kajian Kes. Pertandingan bertaraf antarabangsa ini telah disertai oleh mahasiswa bidang Kejuruteraan Geologi, Geoteknik, Geoteknologi dan Geologi dari tiga buah negara ASEAN iaitu Indonesia, Thailand dan Malaysia yang diwakili oleh Universiti Malaysia Kelantan.

gscPertandingan ini menguji pemahaman komprehensif, keupayaan membuat analisis berasaskan penderiaan jauh, pencerapan lapangan, geokimia, petrografik dan geofizik terhadap kawasan gunung berapi bagi mengenal pasti potensi pembangunan stesen tenaga geoterma. Para peserta turut di bawa melawat kawasan gunung berapi yang dikenali sebagai Kawah Domas, Tangkuban Perahu, Lembang, Indonesia bagi memberi gambaran jelas mengenai kajian kes yang diberikan. Ini adalah selaras dengan slogan pertandingan tersebut iaitu Renewable Energy Breakthrough atau pembaharuan melalui tenaga boleh diperbaharui. Inisiatif pembaharuan tenaga yang dicanangkan adalah penting pada era kini dalam menangani perubahan iklim dengan mengurangkan kadar pelepasan gas rumah hijau daripada pembakaran bahan api fossil untuk penghasilan tenaga. 

 

gsc1

 

 

QR CODE

Buletin FSB

2017
 Jan June 2017 v4 BM Aug2017 2 

Edisi Jan -Jun

   JUL DIS 2017 BM Opie V2 recovered

Edisi Jul - Dis

2018

jan jun2018

Edisi Jan - Jul

 

 2018

Edisi Ogos - Dis

     
     

Buku Laporan Tahunan

2017
 
BUKU LAPORAN TAHUNAN FSB 2017
 

  

{/tabs}

 

Log Masuk

Sertai Kami Di Facebook