Majlis Pembudayaan Ilmu : "SAVE OUR MANGROVE” Anjuran Fakulti Sains Bumi dan Kelab Explorimba

Oleh: Nur Hanisah Abdul Malek

Majlis pembudayaan ilmu yang bertajuk “Save Our Mangrove” anjuran Special Interest Group (SIG) Coastal Zone Management (CZM) di bawah Fakulti Sains Bumi dengan kerjasama Kelab Explorimba telah diadakan pada 26 November 2018 bertempat di Dewan Utama, Universiti Malaysia Kelantan Kampus Jeli. Ceramah ini diadakan bertujuan untuk menambahkan pengetahuan dan memberi pendedahan kepada pelajar dan staf akademik di FSB mengenai kepentingan hutan paya laut kepada alam sekitar dan masyarakat. Seramai hampir 40 orang pelajar daripada pelbagai program telah menyertai program ini.

Prof. Madya Dato’ Sulong Ibrahim dari Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah dijemput sebagai penceramah utama. Beliau merupakan seorang pakar dalam bidang biodiversiti dan pemuliharaan hutan paya laut. Program ini telah dirasmikan oleh Penasihat Kelab Explorimba, Dr. Janatun Naim. Seterusnya, majlis diteruskan dengan ceramah berkenaan hutan paya laut di Malaysia.

Prof Madya Dato’Sulong telah berkongsi ilmu tentang kepentingan hutan paya laut terutamanya pokok nipah dalam mengurangkan kesan tsunami. Apabila tsunami pertama kali melanda negara ini pada 26 Disember 2004, seramai 68 orang disahkan terbunuh manakala enam lagi dilaporkan hilang dan lebih 5,000 orang hilang tempat tinggal. Bencana itu membabitkan empat buah negeri iaitu Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor. Hasil kajian mendapati kesan tsunami terhadap rumah yang dikelilingi oleh pokok nipah adalah kurang berbanding rumah yang tiada pokok nipah.

Oleh itu, hutan paya bakau harus dipelihara dan penanaman pokok bakau perlu dipergiatkan. Adalah diharapkan program ini dapat meningkatkan lagi kesedaran para pelajar tentang kepentingan menjaga hutan paya bakau di Malaysia.

 

mangrove

QR CODE

Buletin FSB

2017
 Jan June 2017 v4 BM Aug2017 2 

Edisi Jan -Jun

   JUL DIS 2017 BM Opie V2 recovered

Edisi Jul - Dis

2018

jan jun2018

Edisi Jan - Jul

 

 2018

Edisi Ogos - Dis

     
     

Buku Laporan Tahunan

2017
 
BUKU LAPORAN TAHUNAN FSB 2017
 

  

{/tabs}

 

Log Masuk

Sertai Kami Di Facebook