HARI INTERAKSI FAKULTI SAINS BUMI SESI AKADEMIK SEPTEMBER 2018/2019

Oleh: Siti Hafidah Kamsani

Pada 21 Oktober 2018 (Ahad), Fakulti Sains Bumi (FSB) telah menganjurkan Hari Interaksi FSB bagi sesi akademik September 2018/2019 bertempat di Dewan UMK Kampus Jeli. Program ini melibatkan 81 orang pelajar tahun 1 daripada ketiga-tiga program iaitu Geosains, Sains Kelestarian dan Sains Sumber Asli bersama 50 orang staf akademik serta bukan akademik FSB. Majlis ini telah dirasmikan oleh YBhg. Dekan Fakulti Sains Bumi, Prof. Madya. Dr. Aweng a/l Eh Rak.

Hari Interaksi FSB merupakan satu inisiatif fakulti memberi pendedahan dan pencerahan kepada pelajar baharu bagi sesi akademik September 2018/2019. Orientasi pelajar berasaskan program pengajian ini banyak memberi peluang kepada para pelajar untuk mendalami program pengajian yang ditawarkan serta pengalaman cara hidup di Universiti.

Ia juga diadakan bagi memberi panduan kepada pelajar mengenai paraturan semasa yang berkuatkuasa dan perkara-perkara yang perlu dilakukan sepanjang pengajian berlangsung selain dapat merapatkan hubungan antara pensyarah dan pelajar. Selain daripada memberi pemahaman berkaitan stuktur program yang disediakan kepada pelajar, membantu dan meningkatkan tahap motivasi diri pelajar dan merapatkan hubungan antara penasihat akademik dan pelajar di bawah seliaan.

 

b  a

QR CODE

Buletin FSB

2017
 Jan June 2017 v4 BM Aug2017 2 

Edisi Jan -Jun

   JUL DIS 2017 BM Opie V2 recovered

Edisi Jul - Dis

2018

jan jun2018

Edisi Jan - Jul

 

 2018

Edisi Ogos - Dis

     
     

Buku Laporan Tahunan

2017
 
BUKU LAPORAN TAHUNAN FSB 2017
 

  

{/tabs}

 

Log Masuk

Sertai Kami Di Facebook