MEMORANDUM PERSEFAHAMAN DI ANTARA UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN (UMK) DAN KERAJAAN NEGERI KELANTAN (JABATAN PERHUTANAN NEGERI KELANTAN-JPNK)

Oleh: Dr. Noor Janatun Naim Jemali.

MOU 1Majlis menandatangani Memorandum Persefahaman di antara Kerajaan Negeri Kelantan (Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan) dan Universiti Malaysia Kelantan telah secara rasminya dimeterai pada 20 Ogos 2018. Majlis diadakan di Pejabat Menteri Besar Negeri Kelantan di Kota Darul Naim, Kota Bharu Kelantan.

 

Perjanjian ini telah ditandatangani oleh Ustaz Dato' Bentara Kanan Haji Ahmad Yakob dan Naib Canselor UMK, Prof. Dato’ Dr. Hussaini Omar disaksikan oleh Dato' Haji Nazran Muhammad (Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan) dan Timbalan Naib Canselor Akademik, Prof. Dr. Mohd Rafi.

MOU2Berdasarkan Memorandum Persefahaman ini, kedua-dua pihak bersetuju bagi mengadakan program dan aktiviti pengurusan, pembangunan, penyelidikan dan pemaju teknologi berhubung pengurusan, pembangunan dan pengusahasilan sumber hutan, pemeliharaan dan pemuliharaan hutan, kepelbagaian biologi dan alam sekitar dan pengurusan dan pembangunan industri berasas kayu dan bukan kayu. Kerjasama ini juga termasuk pembangunan produk dan keusahawanan berhubung industri produk dan penggunaan hasil hutan berasas kayu dan bukan kayu, produk bioteknologi berasas sumber hutan dan eko-pelancongan berasaskan hutan.

Melalui perjanjian ini juga Kerajaan Negeri dan UMK bersetuju untuk bekerjasama menyediakan latihan untuk kakitangan dan pelajar menjalankan latihan praktikal termasuk bidang-bidang lain yang bersesuaian tertakluk kepada persetujuan bersama di di antara kedua-dua pihak. Memorandum Persefahaman ini akan berkuatkuasa pada tarikh ia ditandatangani dan akan terus berkuatkuasa untuk tempoh lima (5) tahun. Ia boleh dilanjutkan sebagaimana persetujuan bertulis di antara kedua pihak.

QR CODE

Buletin FSB

2017
 Jan June 2017 v4 BM Aug2017 2 

Edisi Jan -Jun

   JUL DIS 2017 BM Opie V2 recovered

Edisi Jul - Dis

2018

jan jun2018

Edisi Jan - Jul

 

 2018

Edisi Ogos - Dis

     
     

Buku Laporan Tahunan

2017
 
BUKU LAPORAN TAHUNAN FSB 2017
 

  

{/tabs}

 

Log Masuk

Sertai Kami Di Facebook