Bengkel Pengenalan Kepada Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Dan Pengendalian Bahan Kimia

Oleh: Cik 'Ainaa' Mardhiyah Hassin, Dr Jayaraj Vijaya Kumaran dan Dr Noor Syuhadah Subki

Pada 27 dan 28 Ogos 2018, Jawatankuasa Persekitaran, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Fakulti Sains Bumi (FSB) telah menganjurkan Bengkel Pengenalan Kepada Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Dan Pengendalian Bahan Kimia bertempat di Makmal Komputer FSB selama dua hari.

Bengkel ini telah disertai oleh 64 orang peserta yang terdiri daripada pensyarah, pelajar pascasiswazah, pembantu makmal dan guru daripada pelbagai institusi pendidikan di Kelantan seperti politeknik, sekolah menengah dan Maktab Rendah Sains Mara.HLM 8950

Objektif bengkel ini adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang peranan mereka terhadap keselamatan dan kesihatan di tempat kerja serta memberi latihan secara praktikal berkenaan pengendalian bahan kimia yang betul.

Pada hari pertama, para peserta didedahkan kepada konsep dan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Akta 514), perlindungan radiasi dan biosekuriti.

HLM 9044Manakala pada hari kedua pula, peserta diberi pendedahan berkenaan jenis bahan kimia yang berbahaya dan menjalani latihan amali pengendalian bahan kimia dengan cara yang betul. Majlis penutupan bengkel ini telah disempurnakan oleh wakil Dekan FSB, Dr. Mohd Yunus Bin Zakaria. Majlis penutupan telah diakhiri dengan penyampaian sijil penyertaan dan hadiah saguhati kepada semua peserta. 

 

HLM 9141

QR CODE

Buletin FSB

2017
 Jan June 2017 v4 BM Aug2017 2 

Edisi Jan -Jun

   JUL DIS 2017 BM Opie V2 recovered

Edisi Jul - Dis

2018

jan jun2018

Edisi Jan - Jul

 

 2018

Edisi Ogos - Dis

     
     

Buku Laporan Tahunan

2017
 
BUKU LAPORAN TAHUNAN FSB 2017
 

  

{/tabs}

 

Log Masuk

Sertai Kami Di Facebook