Program Kem Bumi 2.0 FSB 2018

Disediakan oleh: Nor Hizami Hassin

Program Kem Bumi 2.0 adalah kesinambungan daripada Program Kem Bumi 1.0 yang telah diadakan pada bulan April 2018. Pada kali ini, Program Kem Bumi 2.0 telah diadakan pada 6 – 8 Oktober 2018 bertempat di Taman Ekorimba Bukit Bakar, Machang, Kelantan. Program ini adalah merupakan jalinan kerjasama yang telah dijalankan antara pihak Fakulti Sains Bumi dengan Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan (JPNK). 

1

Seramai 47 orang pelajar Tahun 1 terlibat dalam Program Kem Bumi 2.0, 24 orang daripada program Sains Sumber Asli dan 23 orang program Sains Kelestarian. Manakala seramai 25 orang terdiri daripada gabungan pensyarah, pembantu makmal, pihak JPNK dan 15 orang pelajar Tahun 2 yang bertugas sebagai fasilitator turut sama menjayakan program kali ini.

2Objektif utama program ini diadakan adalah untuk menyuntik semangat dan menyemaikan minat di kalangan pelajar Tahun 1 untuk mengikuti Ijazah Muda Sains Gunaan Sains Sumber Asli dan Sains Kelestarian.

Selain itu, penganjuran program ini juga bertujuan untuk membina jaringan hubungan baik dengan agensi luar terutama dengan pihak Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan. Modul yang dirangka melibatkan kemahiran kognitif, psikomotor dan afektif agar dapat melahirkan pelajar yang holistik. 

 

 

3

QR CODE

Buletin FSB

2017
 Jan June 2017 v4 BM Aug2017 2 

Edisi Jan -Jun

   JUL DIS 2017 BM Opie V2 recovered

Edisi Jul - Dis

2018

jan jun2018

Edisi Jan - Jul

 

 2018

Edisi Ogos - Dis

     
     

Buku Laporan Tahunan

2017
 
BUKU LAPORAN TAHUNAN FSB 2017
 

  

{/tabs}

 

Log Masuk

Sertai Kami Di Facebook