Pembentangan Poster Pemetaan Geologi Projek Penyelidikan II bagi Pelajar Tahun 4 Pogram Geosains Fakulti Sains Bumi 2018/2019

Disediakan oleh: Dr Wani Sofia bt Udin

Pada 26 September 2018 satu aktiviti pembentangan poster oleh 60 orang pelajar tahun 4 daripada program Geosains telah diadakan di ruang legar bangunan Hal Ehwal Pelajar (HEP), UMK Kampus Jeli.   Penganjuran ini adalah untuk meningkatkan kecemerlangan diri mahasiswa dalam bidang penyelidikan dan melatih pelajar menepati garis masa Projek Tahun Akhir II. Selain itu, aktiviti ini merupakan salah satu usaha untuk menilai hasil kajian pelajar yang menekankan kepada pembentangan penemuan, analisis dan perbincangan secara optimistik. Pembentangan poster ini merupakan aktiviti tahunan bagi mahasiswa/i Tahun 4  program Geosains. Para penilai terdiri daripada panel jemputan khas daripada Jabatan Mineral & Geosains (JMG) Negeri Kelantan, En. Ahmad Rosli Bin Othman (Unit Geosains) dan barisan pensyarah Geosains yang berpengalaman.

Pembentang poster terbaik telah dimenangi oleh Ahmad Hanif bin Ahmad Termizi yang bertajuk Geology of Banjaran, West Jaya and The Geochemical Evolution of Its Volcanic Products  di bawah seliaan Dr Nor Shahida bt Shafiee. Aktiviti yang mendapat kerjasama di antara pelajar dan penyelia masing-masing turut menjadi pemangkin semangat kepada pelajar baharu untuk bergiat aktif dalam projek tahun akhir pada masa hadapan. Pameran poster ini juga turut menarik minat komuniti kampus dalam menambah ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan Geosains.

  2    3   1

                          Sesi pembentangan poster pemetaan geologi kepada para penilai

4

Sesi rumusan hasil pembentangan pelajar oleh pegawai Geosains daripada Jabatan Mineral & Geosains (JMG) Negeri Kelantan, En. Ahmad Rosli Bin Othman (Unit Geosains)

5

Pelajar Tahun 4 Program Geosains bergambar bersama barisan pensyarah Jabatan Geosains dan juga wakil penilai daripada JMG Negeri Kelantan

 6

Penyampaian cenderamata dan sijil penghargaan kepada En. Ahmad Rosli Bin Othman (Unit Geosains) JMG Kelantan oleh Ketua Jabatan Geosains, Dr NorShahida bt Shafiee

 

 

 

QR CODE

Buletin FSB

2017
 Jan June 2017 v4 BM Aug2017 2 

Edisi Jan -Jun

   JUL DIS 2017 BM Opie V2 recovered

Edisi Jul - Dis

2018

jan jun2018

Edisi Jan - Jul

 

 2018

Edisi Ogos - Dis

     
     

Buku Laporan Tahunan

2017
 
BUKU LAPORAN TAHUNAN FSB 2017
 

  

{/tabs}

 

Log Masuk

Sertai Kami Di Facebook