Bengkel Pengendalian & Pemprosesan Data UAV: Pemetaan & Permodelan 3D,Fakulti Sains Bumi, UMK

Bengkel Pengendalian & Pemprosesan Data UAV: Pemetaan & Permodelan 3D,Fakulti Sains Bumi, UMK

Disediakan oleh: Dr Wani Sofia bt Udin

Bengkel Pengendalian dan Pemprosesan Data Pesawat Udara Tanpa Pemandu: Pemetaan Dan Permodelan 3D telah diadakan pada 27 dan 28 Ogos 2018 bertempat di Makmal Komputer 1, UMK Kampus Kota, Pengkalan Chepa. Bengkel ini telah disertai oleh 34 peserta daripada pelbagai pihak khususnya pelajar, ahli akademik,badan kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO), agensi dan individu yang perseorangan. Turut hadir ialah wakil daripada syarikat tempatan yang membangun, menguji dan menjual UAV.

Bengkel ini telah dirasmikan oleh Timbalan Dekan Penyelidikan dan Inovasi Fakulti Sains Bumi (FSB), Dr. Mohamad Faiz Mohd.Amin yang mewakili Dekan FSB pada hari pertama manakala majlis penutup telah disempurnakan oleh PM. Dr. Aweng a/l Eh Rak, Dekan FSB pada hari kedua. Bengkel yang berlangsung selama dua (2) hari ini, memberi pendedahan kepada para peserta tentang pengenalan,teori,rekabentuk,pengaplikasian dan pengendalian pesawat tanpa pemandu atau lebih dikenali sebagai unmanned aerial vehicle (UAV). Penceramah jemputan bagi bengkel ini adalah Profesor Madya Dr. Anuar Ahmad dari Universiti Teknologi Malaysia, Johor dan turut dibantu oleh fasilitator yang terdiri daripada pensyarah FSB. Para peserta turut diberi latihan di lapangan dan berkongsi pengalaman dalam mengendalikan UAV bagi misi sebenar khusus dalam aplikasi pemetaan; permodalan tiga dimensi (3D) serta hands-on processing tentang kaedah pemprosesan data UAV menggunakan perisian Agisoft Photoscan.

Antara aktiviti utama yang dapat dirakamkan adalah seperti:

faiz rasmi

Ucapan aluan dan perasmian Bengkel Pengendalian & Pemprosesan Data Pesawat Tanpa Pemandu: Pemetaan Dan Permodelan 3D daripada Dr. Mohamad Faiz Mohd. Amin, Timbalan Dekan (Penyelidikan & Inovasi)

dr anuar lecture       lab hands on

Sesi penerangan oleh penceramah jemputan, PM. Dr. Anuar Ahmad dan hands on processing kepada peserta bengkel oleh fasilitator.


field
Sesi latihan pengendalian UAV di lapangan Padang Enggang, Kota Bharu, Kelantan

dean       sijil

Majlis penutupan bengkel oleh Dekan Fakulti Sains Bumi, YBhg PM Dr. Aweng A/L Eh Rak dan penyampaian sijil kepada peserta bengkel dan penceramah.

fullphoto

Peserta bergambar bersama para fasilitator dan timbalan dekan (P & I) FSB di majlis penutup bengkel.

QR CODE

Buletin FSB

2017
 Jan June 2017 v4 BM Aug2017 2 

Edisi Jan -Jun

   JUL DIS 2017 BM Opie V2 recovered

Edisi Jul - Dis

2018

jan jun2018

Edisi Jan - Jul

 

 2018

Edisi Ogos - Dis

     
     

Buku Laporan Tahunan

2017
 
BUKU LAPORAN TAHUNAN FSB 2017
 

  

{/tabs}

 

Log Masuk

Sertai Kami Di Facebook