Kursus Pembangunan Laman Sesawang Fakulti Sains Bumi, UMKKJ

Disediakan oleh: Dr Wani Sofia bt Udin


Kursus Pembangunan Laman Sesawang Fakulti Sains Bumi (FSB) telah dijalankan pada 5 Jun 2018 bertempat di Makmal Komputer 2, UMK Kampus Jeli. Penganjuran kursus ini adalah untuk memberikan pengetahuan, kemahiran dan kecekapan asas bagi pembangunan laman sesawang khusus kepada Jawatankuasa Teknologi Maklumat dan Pengkomputeran FSB. Penceramah jemputan adalah En.Mohammad Thalhah Amir Bin Abdul Rahman, Pegawai Teknologi Maklumat Pusat Strategik Korporat Pejabat Penolong Naib Canselor (Pembangunan Korporat & Pengurusan Kualiti) Universiti Malaysia Kelantan.

Kursus selama satu hari ini meliputi modul pengenalan kepada laman sesawang yang memfokuskan kepada struktur dan pembangunan laman. Selain daripada itu, para peserta turut didedahkan dengan penggunaan templat yang melibatkan pemasangan dan konfigurasi templat. Sesi latihan amali pula melibatkan penggunaan panel kawalan JOOMLA dan penyediaan kandungan laman. Antara perkara yang diberi penekanan adalah merangka seksyen dan kategori, menghasilkan halaman kandungan serta menyusun seksyen dan kategori.

Antara aktiviti utama yang dapat dirakamkan adalah seperti:

20180605 154103

Perasmian Kursus Pembangunan Laman Sesawang Fakulti Sains Bumi oleh
YBhg Dekan Fakulti Sains Bumi, PM Dr. Aweng A/L Eh Rak

                                                                                            
20180605 100938
      20180605 154201

Sesi penerangan dan latihan oleh fasilitator kepada peserta bengkel


20180605 154558
Penyampaian cenderamata kepada fasilitator daripada Dekan FSB.

20180605 155409

Peserta bergambar bersama para fasilitator dan dekan FSB di majlis penutup bengkel.

QR CODE

Buletin FSB

2017
 Jan June 2017 v4 BM Aug2017 2 

Edisi Jan -Jun

   JUL DIS 2017 BM Opie V2 recovered

Edisi Jul - Dis

2018

jan jun2018

Edisi Jan - Jul

 

 2018

Edisi Ogos - Dis

     
     

Buku Laporan Tahunan

2017
 
BUKU LAPORAN TAHUNAN FSB 2017
 

  

{/tabs}

 

Log Masuk

Sertai Kami Di Facebook