Lawatan Akademik Pelajar Kursus Genetik & Biologi Molekul ke Makmal Forensik Hidupan Liar Kebangsaan, Perhilitan dan Malaysia Genome Institute (MGI)

Oleh: Dr. Suganthi Appalasamy

Pada 5hb Jun 2018, pelajar kursus ENT 1253 Genetik dan Biologi Molekul dari Program Sains Sumber Asli telah membuat lawatan akademik ke Makmal Forensik Hidupan Liar Kebangsaan (PERHILITAN), Cheras dan Malaysia Genome Institute, Bangi.

Lawatan akademik ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar mengenai makmal genetik berskala industri serta meningkatkan pemahaman aplikasi pengetahuan genetik dan biologi molekul dalam pelbagai bidang sains sumber asli. Lawatan ini yang diikuti oleh 26 pelajar berdaftar kursus serta diiringi oleh Dr Suganthi Appalasamy selaku kordinator kursus, Dr Jayaraj Vijaya Kumaran selaku pensyarah kursus dan Cik Hasimah Hassan yang bertanggungjawab sebagai pembantu makmal kursus ini.

Lawatan ini dimulakan dengan kunjungan ke Makmal Forensik Hidupan Liar Kebangsaan (PERHILITAN) dan diberikan ucapan pembukaan oleh Timbalan Pengarah Makmal Forensik, Dr. Jeffrine Jovine. Selepas sesi ucapan dan soal jawab, pelajar dibawa melawat sekitar makmal-makmal genetik. Makmal ini merupakan makmal forensik haiwan liar utama di benua Asia selain menempatkan lebih 3000 sampel DNA haiwan liar.


Setelah kunjungan di Makmal Forensik, pelajar dibawa melawat ke Malaysia Genome Institute, Bangi, Selangor. Institut ini amat terkenal dengan penyelidikan berkaitan sains sumber asli seperti madu kelulut, tumbuhan herba serta serangga dan juga antara salah satu makmal yang menempatkan alatan berteknologi tinggi berkaitan penyelidikan DNA dan protin di negara. Pelajar diberi sedikit penerangan mengenai institut ini dan kemudian dibawa melawat sekitar 15 makmal penyelidikan. Secara keseluruhannya, pelajar didapati memahami aplikasi ilmu genetik dan biologi molekul serta mendapat penerangan berkaitan latihan industri di institut yang dilawati ini.

IMG 20180605 WA0108

20180605 110206 IMG 20180605 WA0097
20180605 102249

IMG 20180605 WA0134

IMG 20180605 WA0145
IMG 20180605 WA0154 20180605 150657 RichtoneHDR

 

 

 

 

 

 

QR CODE

Buletin FSB

2017
 Jan June 2017 v4 BM Aug2017 2 

Edisi Jan -Jun

   JUL DIS 2017 BM Opie V2 recovered

Edisi Jul - Dis

2018

jan jun2018

Edisi Jan - Jul

 

 2018

Edisi Ogos - Dis

     
     

Buku Laporan Tahunan

2017
 
BUKU LAPORAN TAHUNAN FSB 2017
 

  

{/tabs}

 

Log Masuk

Sertai Kami Di Facebook