Bengkel Kursus Projek Penyelidikan I bagi Pelajar Tahun 3

Bengkel Kursus Projek Penyelidikan I (FYP) adalah untuk memberi makluman berkenaan cara penulisan saintifik dan menerangkan tentang Projek Penyelidikan Tahun Akhir kepada pelajar yang mengambil kursus ini. Projek Penyelidikan Tahun Akhir merupakan subjek wajib bagi setiap pelajar yang mengikuti Program Pengajian Ijazah Sarjana Muda yang ditawarkan oleh Fakulti Sains Bumi. Kursus ini akan memperkenalkan pelajar dengan pendekatan yang sistematik dalam perancangan dan pelaksanaan sesuatu penyelidikan ilmiah dalam bidang sains.

Bengkel yang telah berlangsung pada 10 Mac 2018 dibuat khas bagi mahasiswa/i Projek Penyelidikan Tahun Akhir yang menuntut di Kampus Jeli yang mengambil jurusan di bawah FSB iaitu Geosains (SEG), Sains Kelestarian (SEL) dan Sains Sumber Asli (SEN).

Beberapa objektif bengkel ini  seperti memberi pendedahan kepada pelajar  tentang kaedah yang betul membuat kajian serta membentuk rangka kajian yang sesuai dengan isu yang hendak dijalankan serta melahirkan pelajar yang mempunyai kemahiran analitikal dan bertanggungjawab terhadap penyelidikan dan hasil kajian dengan mengadakan tugasan individual merangka gantt chart semasa bengkel.

1

Dr Wani Sofia Udin, Koordinator Projek Penyelidikan Fakulti memberi penerangan kepada pelajar tahun akhir FSB mengenai

Pengenalan terhadap Projek Penyelidikan Tahun AKhir.

2

Pelajar mendengar penerangan terhadap panduan yang perlu ada dalam Laporan Projek Penyelidikan Tahun Akhir.

3

Pelajar tahun akhir FSB diberi tugasan untuk membina gantt chart bagi projek penyelidikan masing-masing.

4

Para pensyarah yang terlibat dalam menjayakan bengkel.

QR CODE

Buletin FSB

2017
 Jan June 2017 v4 BM Aug2017 2 

Edisi Jan -Jun

   JUL DIS 2017 BM Opie V2 recovered

Edisi Jul - Dis

2018

jan jun2018

Edisi Jan - Jul

 

 2018

Edisi Ogos - Dis

     
     

Buku Laporan Tahunan

2017
 
BUKU LAPORAN TAHUNAN FSB 2017
 

  

{/tabs}

 

Log Masuk

Sertai Kami Di Facebook