Seminar IP Talks & Pitching Workshop 2018

HARTA INTELEK, KEPENTINGANNYA KEPADA PENYELIDIK


Kebanyakan penyelidik muda ramai yang tersalah menggunakan perkataan paten bagi menyatakan maksud harta intelek atau IP (intellectual Property). Sedangkan paten itu adalah salah satu jenis harta intelek. Sehubungan itu, Fakulti Sains Bumi (FSB) telah mengambil inisiatif untuk mengadakan Bengkel IP Talk & Pitching Workshop 2018 bertempat di Bilik Banquet UMK Kampus Jeli.

FSB telah menjemput wakil agen dari Teraju IP Sdn. Bhd. En Faizal bin Ismail bagi memberikan penerangan yang lebih jelas berkenaan IP kepada penyelidik yang rata-ratanya adalah mereka yang masih setahun jagung dalam dunia penyelidikan. Bengkel ini juga melibatkan para siswazah MSc dan PhD yang mana secara langsung terlibat dalam dunia penyelidikan. Penceramah jemputan adalah CEO Teraju IP Sdn. Bhd. yang mana sebelum ini pernah berkhidmat sebagai pemeriksa kanan paten di MyIPO.

Pada bengkel ini, para peserta sangat berpuas hati kerana banyak informasi diperolehi terutama kepentingan bagi melindungi hasil kerja/kreativiti/inovasi yang telah dikaji/diperolehi apabila melakukan penyelidikan. Penyelidik juga dapat mengenalpasti jenis IP yang bersesuaian yang boleh dipohon untuk hasil penyelidikan.
Selesai sesi penerangan IP, disebelah petangnya pula diadakan sesi pitching product. Sesi ini telah dilatih oleh Dr Faizuan bin Abdullah, seorang penyelidik yang mempunyai banyak IP dan berpengalaman dalam melatih penyelidik untuk mendapatkan dana. Dana yang diperlukan kebiasannta untuk mengembangkan lagi produk yang di IP kan bagi tujuan perngkomersilan.

20180305 151018

Dr Faizuan b Abdullah berkongsi kaedah untuk mendapatkan dana penyelidikan.

20180305 152205

Peserta terlibat secara terus dalam aktiviti pitching bagi mendapatkan sesuatu dana.

20180305 115309

Sesi penerangan daripada En Faizal Ismail berkenaan jenis-jenis IP.

 

20180305 122240

QR CODE

Buletin FSB

2017
 Jan June 2017 v4 BM Aug2017 2 

Edisi Jan -Jun

   JUL DIS 2017 BM Opie V2 recovered

Edisi Jul - Dis

2018

jan jun2018

Edisi Jan - Jul

 

 2018

Edisi Ogos - Dis

     
     

Buku Laporan Tahunan

2017
 
BUKU LAPORAN TAHUNAN FSB 2017
 

  

{/tabs}

 

Log Masuk

Sertai Kami Di Facebook