Bengkel Penerbitan "How to Successfully Write & Publish Your Research Article"

35Di dalam dunia akademia, penerbitan jurnal merupakan salah satu indikator utama dalam mengukur Indeks Prestasi Utama sesebuah universiti. Ia adalah tanda aras pengukuran ilmiah di kalangan ahli akademik secara global. Bengkel penerbitan anjuran Jawantakuasa Penyelidikan dan Inovasi di bawah Unit Penerbitan yang bertajuk  ”How to Successfully Write & Publish Your Research Article?” telah diadakan pada 12 Februari 2018.

 

Menurut Timbalan Dekan Penyelidikan dan Inovasi FSB, Dr. Mohamad Faiz Mohmad Amin, ”Objektif utama bengkel ini adalah untuk memberi pendedahan dan motivasi kepada ahli akademik FSB agar  terus bergiat aktif dalam penulisan serta penerbitan bagi menyebarkan perolehan hasil penyelidikan mereka. Ini dapat menjamin prestasi Fakulti Sains Bumi agar terus meningkat, sekaligus menaikkan imej UMK di peringkat antarabangsa”. Para penceramah adalah terdiri daripada ahli akademik FSB yang berwibawa dalam dunia penulisan dan penerbitan. Antaranya adalah Dr. Irshad Ul-Haq Bhat dengan perkongsian ceramah bertajuk “The Art of Publishing: Drafting a Manuscript” dan Dr.Jayaraj Vijaya Kumaran berkongsi pandangan beliau bagi ceramah “Writing Research Papers: From a Writer’s Perspective". Para peserta turut bertukar pandangan dengan mentor masing-masing dalam memperkasakan bakat penulisan di kalangan mereka.

 

34

 

 

QR CODE

Buletin FSB

2017
 Jan June 2017 v4 BM Aug2017 2 

Edisi Jan -Jun

   JUL DIS 2017 BM Opie V2 recovered

Edisi Jul - Dis

2018

jan jun2018

Edisi Jan - Jul

 

 2018

Edisi Ogos - Dis

     
     

Buku Laporan Tahunan

2017
 
BUKU LAPORAN TAHUNAN FSB 2017
 

  

{/tabs}

 

Log Masuk

Sertai Kami Di Facebook