Mesyuarat delegasi FSB dengan ARSM (Agensi Remote Sensing Malaysia) berkenaan projek "Carbon Sequestration in Kelantan" pada 17 Feb 2017 di ibu pejabat ARSM, Kuala Lumpur

Pengumuman

1. Iklan pembantu penyelidik di Fakulti Sains Bumi
2. Iklan pembantu penyelidik siswazah
3. Iklan pembantu pembelajaran siswazah
4. Peluang Internship kepada lepasan pelajar FSB
 

 

 

 

 

BENGKEL "INTRODUCTION TO OSH AND CHEMICAL HANDLING"

BENGKEL OSH AND CHEMICAL HANDLINGJawatankuasa Persekitaran, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Fakulti Sains Bumi (JPKKP-FSB) telah berjaya menganjurkan bengkel ”Introduction to OSH and Chemical Handling” pada 15 dan 16 Ogos 2016 bertempat di BK5, UMK Kampus Jeli. Bengkel yang dijalankan selama dua hari ini terbahagi kepada dua bahagian yang membincangkan dua topik yang berbeza. JPKKP-FSB terdiri daripada jawatankuasa induk fakulti, Emergency Response Team (ERT) dan juga Radiation Protection Team (RPT) oleh wakil daripada pihak EOSHMU. Di samping itu, peserta juga diberikan pendedahan dan latihan untuk menjalankan HIRARC (Hazard Identification, Risk Assessment and Risk Control) di tempat kerja masing-masing oleh Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan negeri Kelantan, En. Mohamad Nizam bin Ali.

Pada hari kedua, peserta yang terdiri daripada personel yang terlibat secara langsung dengan pengendalian bahan kimia di UMK dan juga daripada institusi lain di sekitar negeri Kelantan telah didedahkan dengan cara pengendalian bahan kimia yang betul. Bahagian kedua bengkel ini juga adalah bagi memenuhi keperluan undang-undang di dalam peraturan keselamatan dan kesihatan pekerjaan (Penggunaan dan Standard Pendedahan Bahan Kimia Berbahaya Kepada Kesihatan) yang memerlukan majikan untuk menyediakan latihan kepada pekerja yang terdedah kepada bahan kimia di tempat kerja (Peraturan 22). Di samping itu, keperluan latihan pengendalian bahan kimia ini juga adalah untuk menjawab kepada hasil dapatan Penaksiran Risiko Kesihatan Kimia (CHRA) yang telah dijalankan di UMK Kampus Jeli amnya dan Fakulti Sains Bumi khasnya. Latihan pengendalian bahan kimia ini di berikan oleh penceramah luar daripada MEDI-IHSAN Occupational Safety & Health, Dr. Liwauddin Mohamad.

Buletin FSB

Log Masuk

Sertai Kami Di Facebook

 

Fakulti Sains Bumi,
Universiti Malaysia Kelantan Kampus Jeli,
Locked Bag 100,
17600 Jeli,
Kelantan.

Tel : +609 - 947 7030 | Fax: +609 - 947 7032