Mesyuarat delegasi FSB dengan ARSM (Agensi Remote Sensing Malaysia) berkenaan projek "Carbon Sequestration in Kelantan" pada 17 Feb 2017 di ibu pejabat ARSM, Kuala Lumpur

Pengumuman

1. Iklan pembantu penyelidik di Fakulti Sains Bumi
2. Iklan pembantu penyelidik siswazah
3. Iklan pembantu pembelajaran siswazah
4. Peluang Internship kepada lepasan pelajar FSB
 

 

 

MAHASISWA GEOSAINS UMK MEMENANGI TEMPAT PERTAMA DALAM ACARA TAHUNAN GEOSCIENCE EXHIBITION AND COMPETITION 2016 (GENC 2016)

 

GEOSAINS EXHIBITION AND COMPETITION 2016 GENC 2016

GENC, salah satu program yang terkenal bagi mahasiswa Geosains telah diadakan pada 19 sehingga 20 Ogos 2016 yang bertempat di Universiti Teknologi Petronas. GENC merupakan program tahunan dan satu-satunya pertandingan singkapan bagi mahasiswa geosains/geologi di Malaysia yang melibatkan penyertaan daripada universiti di Rantau Asia.  Pada tahun ini, terdapat penyertaan daripada sembilan buah universiti yang terdiri daripada universiti tempatan dan antarabangsa iaitu Universiti Teknologi Petronas, Universiti Malaysia Kelantan, Universiti Malaya dan Heriot Watt University of Malaysia merupakan wakil penyertaan daripada universiti tempatan manakala National University of Singapore, Universitas Pembangunan Nasional “Veteran”, Indonesia, Universitas Diporonegoro, Indonesia, dan Universitas Padjajaran, Indonesia merupakan wakil daripada universiti antarabangsa. Universiti Malaysia Kelantan telah membawa empat pasukan pelajar iaitu The Rudite, The Xenos, Machu Picchu dan Hard Rock Jeli untuk bertanding dengan universiti lain.

Wakil pelajar UMK telah menunjukkan usaha yang baik dan telah berkerja keras untuk menjadi pasukan yang terbaik dalam pertandingan ini. Wakil pelajar daripada UMK percaya bahawa bukan mudah untuk mendapatkan sesuatu, dan mereka perlu berusaha keras demi mendapatkan  sesuatu. Usaha pelajar kita telah membuahkan hasil apabila pasukan The Rudite telah dinobatkan sebagai pasukan yang terbaik dan mendapatkan tempat pertama dalam Persembahan Paparan Poster, sekaligus mengalahkan pasukan daripada universiti yang lain. Program ini merupakan satu peluang yang baik bagi mahasiswa geosains dalam menimba ilmu dan  pengalaman berharga.

Buletin FSB

Log Masuk

Sertai Kami Di Facebook

 

Fakulti Sains Bumi,
Universiti Malaysia Kelantan Kampus Jeli,
Locked Bag 100,
17600 Jeli,
Kelantan.

Tel : +609 - 947 7030 | Fax: +609 - 947 7032