Mesyuarat delegasi FSB dengan ARSM (Agensi Remote Sensing Malaysia) berkenaan projek "Carbon Sequestration in Kelantan" pada 17 Feb 2017 di ibu pejabat ARSM, Kuala Lumpur

Pengumuman

1. Iklan pembantu penyelidik di Fakulti Sains Bumi
2. Iklan pembantu penyelidik siswazah
3. Iklan pembantu pembelajaran siswazah
4. Peluang Internship kepada lepasan pelajar FSB
 

 

 

 

 

PROGRAM "EXPLORATION OUTREACH PROGRAM IN BRUNEI" 2016

contoh

Program ‘Exploration Outreach Program in Brunei’ 2016 ini dianjurkan buat pertama kali dan melibatkan Timbalan Dekan Akademik Fakulti Sains Bumi (FSB) iaitu Prof. Madya Dr. Aweng a/l Eh Rak, 2 orang pensyarah, seorang pelajar master dan 11 orang pelajar sarjana muda jurusan Geosains Universiti Malaysia Kelantan (UMK). Program ini telah dijalankan pada 16 sehingga 20 Mei 2016 bertempat di Brunei Darussalam bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada pelajar jurusan Geosains UMK tentang bidang kursus yang sama yang terdapat di Universiti Brunei Darussalam (UBD). Di samping itu, program ini merupakan salah satu inisiatif awal untuk merapatkan hubungan sesama pelajar di antara pelajar Geosains dari UMK dan pelajar jurusan yang sama di UBD sambil menimba ilmu sepanjang aktiviti ini dilakukan. Melalui program ini juga, para pelajar didedahkan tentang bidang-bidang serta sistem pembelajaran yang dipelajari kursus ini malah mendapat pendedahan tentang persekitaran pembelajaran sepanjang mereka berada di Universiti Brunei Darussalam.

Hal ini akan memberikan para pelajar peluang untuk mendapat pendedahan, bukan sahaja dari segi fizikal, malah dari segi modul-modul pembelajaran yang terdapat di Fakulti Geologi di UBD di mana kebanyakan silibus pembelajaran di situ adalah berkaitan dengan kursus Geosains di UMK. Selain itu, program ini membantu dari segi mempromosikan kursus - kursus yang terdapat di FSB, UMK kepada UBD.

 

Buletin FSB

Log Masuk

Sertai Kami Di Facebook

 

Fakulti Sains Bumi,
Universiti Malaysia Kelantan Kampus Jeli,
Locked Bag 100,
17600 Jeli,
Kelantan.

Tel : +609 - 947 7030 | Fax: +609 - 947 7032