Mesyuarat delegasi FSB dengan ARSM (Agensi Remote Sensing Malaysia) berkenaan projek "Carbon Sequestration in Kelantan" pada 17 Feb 2017 di ibu pejabat ARSM, Kuala Lumpur

Pengumuman

1. Iklan pembantu penyelidik di Fakulti Sains Bumi
2. Iklan pembantu penyelidik siswazah
3. Iklan pembantu pembelajaran siswazah
4. Peluang Internship kepada lepasan pelajar FSB
 

 

 

Bengkel Halatuju Penyelidikan Dan Jalinan Kerjasama Antara Program Sains Sumber Asli Dengan Reach Bagi Tujuan Pemantapan Penyelidikan, Pemuliharaan Dan Aktiviti Komuniti Di Pusat Biodiversiti Cameron Highlands

1Satu bengkel halatuju penyelidikan dan jalinan kerjasama antara Pensyarah Program Sains Sumber Asli dengan Regional Environmental Awareness Cameron Highlands (REACH) bagi tujuan pemantapan penyelidikan dan pemuliharaan Pusat Biodiversiti Cameron Highlands telah diadakan pada 27-28 Mei 2016. Hasil perbincangan tersebut, pensyarah dan penyelidik program SEN bersetuju akan menjalankan kajian tapak di Pusat Biodiversiti tersebut. Antara aktiviti utama yang dirancang adalah kajian biodiversiti mamalia, liken, kulat dan pelbagai parameter alam sekitar. Satu prototaip pengumpul embun juga akan di uji-lari di kawasan REACH bagi melihat keberkesanan alat tersebut mengumpul embun untuk bekalan air.

Pihak REACH juga memohon bantuan UMK untuk menentukan zon-zon yang sesuai bagi aktiviti-aktiviti penyelidikan yang dirancang. Ini adalah satu platform baik bagi program SEN dan FSB untuk memupuk jalinan kerjasama penyelidikan, pendidikan dan pemuliharaan alam sekitar bersama badan bukan kerajaan di Malaysia. Ia juga membuka peluang bagi para pensyarah untuk menjalankan aktiviti khidmat masyarakat seterusnya membolehkan pensyarah FSB mendekatkan diri dengan komuniti sekeliling bagi membantu untuk menjaga khazanah alam yang tidak ternilai harganya.

 

 

2

Buletin FSB

Log Masuk

Sertai Kami Di Facebook

 

Fakulti Sains Bumi,
Universiti Malaysia Kelantan Kampus Jeli,
Locked Bag 100,
17600 Jeli,
Kelantan.

Tel : +609 - 947 7030 | Fax: +609 - 947 7032