Strict Standards: Only variables should be assigned by reference in /home/fsbumkedu/public_html/templates/zo2_hallo/index.php on line 13
Bengkel Program Keusahawanan Komposit Kayu 2016
           *****    HEBAHAN   *****
 
JADUAL KULIAH SEMESTER SEPTEMBER SESI 2018/2019 UNTUK SEMAKAN PELAJAR
 
 

Bengkel Program Keusahawanan Komposit Kayu 2016

232332Sektor perkayuan di Malaysia mampu menyediakan peluang pekerjaan kepada lebih daripada 300,000 orang dan pada masa ini, terdapat hampir  3,800 buah kilang berasaskan kayu di negara ini. Prospek untuk produk berasaskan kayu Malaysia kekal cerah memandangkan permintaan global terhadap produk terbabit adalah berterusan. Tambahan pula, kejayaan industri perabot berasaskan kayu di Semenanjung Malaysia memang terbukti dan telah berjaya menjana pulangan sebanyak RM6 hingga RM7 billion setahun kepada negara. Salah satu produk dari kayu yang digunakan dalam bahan binaan adalah kayu komposit.


Selaras dengan potensi bidang perkayuan ini, satu projek keusahawanan berimpak tinggi iaitu Bengkel Program Keusahawanan Komposit Kayu 2016 telah diadakan pada 23 Mei 2016 (Isnin) yang lalu sebagai pendorong kepada komuniti dan pelajar untuk menceburi bidang ini.

 

Bengkel tersebut disertai oleh 90 orang pelajar daripada Program Teknologi Bahan dan Program Teknologi Sumber Hutan dan sebilangan peserta dari warga sekitar. Program ini dirasmikan oleh Dr Mahani Binti Yusoff selaku Ketua Jabatan Teknologi Sumber Asli, Fakulti Sains Bumi dan hadiah penghargaan diberikan kepada 4 kumpulan terbaik yang dipilih semasa sesi pembentangan idea produk. Peserta-peserta tersebut akan layak untuk ke peringkat program yang seterusnya.

Dr. Muhammad Azwadi Bin Sulaiman selaku pengarah projek memberi kata aluan kepada peserta

aaa2

Prof Dr. Razak menerangkan mengenai produk yang boleh dihasilkan daripada kayu komposit

aaa3

Produk-produk berasaskan kayu komposit yang telah dihasilkan daripada beberapa kajian penceramah.

aaa5

Penerangan mengenai bagaimana untuk mendapatkan idea produk daripada penceramah kedua Pn Fadillahanim

aaa6

Pn Fadillahanim membuat penerangan mengenai Business Model Canvas (BMC).

232323

Penyampaian honorium daripada Dr. Mahani Yusoff, Ketua Jabatan Teknologi Sumber Asli

232332

Ahli Jawatankuasa program

2333

Aktiviti Pitching BMC bagi Idea Produk berasaskan komposit kayu

w22

Peserta berbincang bagi aktiviti BMC.