Strict Standards: Only variables should be assigned by reference in /home/fsbumkedu/public_html/templates/zo2_hallo/index.php on line 13
Bridge To Envirotopia
           *****    HEBAHAN   *****
 
JADUAL KULIAH SEMESTER SEPTEMBER SESI 2018/2019 UNTUK SEMAKAN PELAJAR
 
 

Bridge To Envirotopia

2

Program “Bridge to Envirotopia” merupakan kerja lapangan daripada kursus pendidikan alam sekitar yang  menekankan kepentingan ekosistem, keseimbangan alam semulajadi dalam bentuk kitaran semulajadi, sumber-sumber tenaga (air, petroleum, gas), punca pencemaran air, udara, dan tanah, kesan aktiviti antropogenik ke atas alam sekitar dan kesihatan manusia, sisa toksid dan pepejal dan cara pengurusannya. Isu-isu alam sekitar tempatan dan global (jerebu, hujan asid, kemusnahan hutan) serta undang-undang persekitaran. Kursus ini menekankan tentang kesedaran dan ilmu yang perlu dimiliki untuk diaplikasikan dalam kehidupan bagi memelihara, mengekalkan, dan menggunakan alam sekitar secara lestari untuk generasi akan datang.

Program ini merupakan pendedahan kepada pelajar SK Kuala Balah berkenaan alam sekitar dan cara untuk melestarikannya. Pendedahan kepada para pelajar adalah dalam bentuk penyediaan modul oleh mahasiswa/mahasiswi yang mengambil kursus Pendidikan Alam Sekitar. Disamping dapat mendidik para pelajar, pihak mahasiswa/ mahasiswi juga mendapat kebaikan dengan menyebarkan ilmu berkenaan alam sekitar serta dapat mengasah kemahiran insaniah mahasiswa/ mahasiswi.

Program ini diadakan di UMK Jeli supaya para pelajar dapat mangambil inspirasi daripada institusi awam. Di samping mengetengahkan UMK Jeli di mata masyarakat setempat.

3

Antara aktiviti yang dijalankan semasa program

4

Antara aktiviti yang dijalankan semasa program

5

Fasilitator UMK Jeli bersama pelajar SK Kuala Balah

6

Sesi penyampaian cenderahati