Program “Graduate Employability Workshop: Groom to Bloom” 2018

Oleh: Dr. Nurul Syazana Abdul Halim

1Selaras dengan matlamat Fakulti Sains Bumi (FSB) dalam melahirkan graduan yang holistik dan kompetitif , FSB telah menganjurkan program “Graduate Employability Workshop: Groom to Bloom” yang telah berlangsung pada 25 November 2018 bertempat di Dewan Utama, Kampus Jeli. Seramai 154 orang pelajar tahun akhir daripada ketiga-tiga program di bawah FSB telah turut serta.

Terdapat empat modul yang menyentuh mengenai Imej diri, jangkaan majikan terhadap graduan baru, komunikasi dan etika professional, dan tips mencari pekerjaan telah dikongsikan oleh tigaorang penceramah jemputan. Modul pertama yang menyentuh mengenai personaliti dan tips penampilan mengikut tema dan suasana kerja telah disampaikan oleh Felo Utama FSB, Dr. Mohd Yunus Zakaria.

Slot seterusnya disampaikan oleh Encik Abdul Aziz Mohamad Dian yang merupakan Pengurus Bahagian Sumber Manusia dan Pentadbiran PETRONAS Chemicals LDPE, Sdn. Bhd. Beliau turut berkongsi beberapa aspek penting dalam pemilihan pekerja semasa temuduga.

2Etika dalam komunikasi juga merupakan aspek yang penting dalam gerak kerja berpasukan dalam memastikan kelancaran tugas serta mengelakkan salah faham berlaku. Hal ini telah ditekankan oleh Dr. Mohd Yunus Zakaria dalam slot komunikasi dan etika professional kepada semua bakal graduan.
Manakala slot terakhir disampaikan oleh Encik Abdul Khairul Azry Abdul Rahman yang merupakan seorang pegawai kaunseling di Bahagian Hal Ehwal Pelajar UMK. Beliau berkongsi mengenai cara membuat resume dan cover letter yang berkesan serta kaedah pencarian kerja secara atas talian.


Selain itu, pihak FSB juga telah menjemput tiga orang alumni FSB iaitu Muhammad Zarul Izat Azam, Muhammad Amirul Fitri Hassan dan Ahlami Mirza Ahmad Ahmad yang sudah berkerjaya untuk berkongsi pengalaman masing-masing melalui aktiviti forum yang dikendalikan oleh Puan ‘Ainaa Mardhiyah Hassin.

3Akhir sekali, pihak FSB berharap agar semua pelajar tahun akhir mendapat manfaat daripada penganjuran program ini dan mendoakan agar semua pelajar yang bakal bergraduat pada tahun hadapan mendapat peluang pekerjaan yang diimpikan.

 

Bulletin

JUL DIS 2017 BM Opie V2 recovered Edition July - December 2017

Jan June 2017 v4 BM Aug2017 2 Edition January - June 2017

 

OUR SERVICE IN FACEBOOK

Log in