Bengkel Penilaian Impak Alam Sekitar 2018

Oleh: Dr. Amal Najihah Muhamad Nor dan Cik Sharifah Aisyah Syed Omar

Bengkel Penilaian Impak Alam Sekitar telah dianjurkan pada 30 dan 31 Oktober 2018 di Bilik Mesyuarat, Fakulti Sains Bumi, Universiti Malaysia Kelantan Kampus Jeli (UMKKJ). Bengkel tersebut telah dihadiri oleh seramai 19 orang pensyarah Fakulti Sains Bumi (FSB). Prof. Dr. Mohd Kamil Yusoff daripada Universiti Putra Malaysia (UPM) telah dijemput sebagai penceramah bagi bengkel ini selama dua (2) hari.


Bengkel Penilaian Impak Alam Sekitar anjuran FSB ini merupakan salah satu usaha untuk mendedahkan pensyarah dan penyelidik kepada perlaksanaan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) dan latihan bagi persediaan untuk mendaftar sebagai Perunding EIA Berdaftar dan Penolong Perunding EIA Berdaftar. Bengkel ini memberi banyak impak positif kepada ahli akademik Fakulti Sains Bumi dan pelbagai pihak dengan mendedahkan peserta mengenai pemodelan alam sekitar dan aplikasinya untuk projek EIA, isu-isu berkaitan EIA, prosedur-prosedur pendaftaran EIA serta perlaksanaan EIA secara lebih terperinci.
Dengan adanya sijil kelulusan kursus induksi EIA ini, ahli akademik fakulti boleh memulakan proses untuk membuat permohonan sebagai Perunding EIA berdaftar. Dengan itu, ahli akademik dapat terlibat secara aktif dalam kajian EIA sebagai Perubding EIA berdaftar sekaligus meningkatkan penjanaan pendapatan Fakulti Sains Bumi (FSB) khususnya dan Universiti Malaysia Kelantan amnya.

 

79b11ba4 7714 423e 8a7d 67fe6e9bd88f 1

Bulletin

JUL DIS 2017 BM Opie V2 recovered Edition July - December 2017

Jan June 2017 v4 BM Aug2017 2 Edition January - June 2017

 

OUR SERVICE IN FACEBOOK

Log in