Oleh : Kamarul Ariffin Bin Kambali @ Hambali
Pertandingan Inovasi, Kreativiti & Teknologi 2018 atau lebih dikenali sebagai KRISTEK’ 18 telah berlangsung pada 17 dan 18 Oktober 2018 bertempat di Dewan Besar Institut Latihan Perindustrian Kota Bharu. Pertandingan ini terbuka kepada Institut Pengajian Tinggi Awam/Swasta (IPTA/IPTS) dan juga kepada Institut Latihan Kemahiran Awam/Swasta (ILKA/ILKS). Di antara bidang-bidang yang dipertandingkan adalah terdiri daripada elektrik, elektronik, ICT, mekanikal, sivil dan arkitek serta pengajian dan pembelajaran.
Tujuan pertandingan ini diadakan adalah untuk: 1) memupuk daya kreatif, ciptaan dan inovasi bagi mencapai tahap rekacipta terkini dari segi rekabentuk dan kegunaan; 2) bersaing di peringkat negeri dan kebangsaan; 3) membantu serta meningkatkan kedudukan ekonomi sesebuah negara.
Pertandingan ini telah disertai oleh wakil dari Fakulti Sains Bumi (FSB) iaitu Dr. Kamarul Ariffin Kambali @ Hambali (Ketua), En. Nor Hizami Hassin, Dr. Muhamad Azahar Babas, wakil dari Fakulti Biokejuruteraan dan Teknologi (FBKT) iaitu Dr. Mohamad Najmi Bin Masri serta wakil dari Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kem Terendak, Melaka iaitu En. Noorsuhaily Bin Ali @ Md Noor.
Produk Tong Sampah Anti Monyet ciptaan para penyelidik interdisplin ini telah meraih pingat emas dan Anugerah Inovasi Berpotensi.
Dari kiri: En. Nor Hizami Bin Hassin, Dr. Kamarul Ariffin Bin Kambali @ Hambali, Dr. Mohamad Najmi Bin Masri, dan Dr. Muhamad Azahar Bin Abas.