Pameran Pendidikan Kerjaya Kolej Matrikulasi 2018

Oleh: Nor Hizami Hassin dan Dr. Nik Raihan Binti Nik Yusof

Pada 4 – 7 Oktober 2018, telah berlangsung Karnival Pameran Pendidikan Kerjaya Kolej Matrikulasi 2018 di Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Kedah, Kolej Matrikulasi Perak, Kolej Matrikulasi Selangor dan Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan.
Melalui jemputan yang diterima daripada pihak kolej matrikulasi, Fakulti Sains Bumi (FSB) bersama Fakulti Industri Asas Tani dan Fakulti Bio Kejuruteraan, Universiti Malaysia Kelantan Kampus Jeli telah mengambil peluang untuk terlibat sama dalam mengadakan aktiviti pameran dan promosi.

Pameran pendidikan yang berlangsung di Kolej Matrikulasi Perak, telah diwakili oleh Dr. Nik Raihan Nik Yusof manakala pameran pendidikan di Kolej Matrikulasi Selangor dan Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan telah diwakili oleh 4 orang pelajar alumni FSB dari program Sains Kelestarian iaitu Muhammad Ruzaimi Amirudin, Muhammad Amirul Fitri Hasan, Siti Laylatul Syarifah Munasir serta Nuraini Abdul Zali.

Pada pameran pendidikan tersebut para pelajar matrikulasi telah diberi taklimat ringkas mengenai penawaran dan keunikan program serta kemudahan pembelajaran yang terdapat di FSB.

 

1           2

Bulletin

JUL DIS 2017 BM Opie V2 recovered Edition July - December 2017

Jan June 2017 v4 BM Aug2017 2 Edition January - June 2017

 

OUR SERVICE IN FACEBOOK

Log in