MOOC FSB Raih Pingat di Karnival E-Pembelajaran Antarabangsa IUCEL 2018

Oleh: Dr. Norashikin Mohd Fauzi

Pada 12-13 September bertempat di Pusat Budaya Universiti Islam Antarabangsa Kampus Gombak, MOOC Biodiversiti yang dibangunkan oleh dua orang pensyarah dari FSB iaitu Dr. Norashikin Fauzi (Ketua) dan Cik Nivaarani a/p Arumugam bersama seorang pensyarah dariFakulti BioKejuruteraan Teknologi (FBKT), Pn. Nor Izaida Ibrahim, telah meraih pingat gangsa di pertandingan International University Education Carnival on E-Learning (IUCEL) 2018. 

iucel 2018

Produk yang dipertandingkan adalah “Amalgamation of Augmented Reality (AR) with MOOC in Learning Biodiversity. Melalui penggunaan AR dalam pembelajaran atas talian, terutama dengan membangunkan makmal AR, ia akan memberi peluang kepada pengguna untuk menjalankan latihan amali di alam maya tanpa memerlukan makmal yang sebenar.

Karnival antarabangsa ini dianjurkan oleh Malaysian e-Learning Council for Public Universities (MEIPTA), Malaysian Centre for e-Learning (MyCEL) dan Kementerian Pendidikan Malaysia. Karnival yang mempamerkan 210 produk berkaitan inovasi Pembelajaran dan Pengajaran (PdP) tersebut telah disertai oleh ahli akademik serta penyelidik tempatan dan antarabangsa. Matlamat karnival tersebut diadakan adalah untuk memberi pendedahan dan mempamerkan hasil inovasi berfokuskan PdP kepada komuniti setempat dan luar negara.

Pengiktirafan yang telah diterima oleh MOOC FSB pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa merupakan pencetus semangat kepada ahli akademik FSB agar terus memperkasakan serta mempertingkatkan kualiti pengajaran MOOC. Semoga kelangsungan MOOC FSB ini akan memberi impak terhadap gaya pembelajaran dan penyampaian ilmu pengetahuan atas talian kepada para pelajar samada di dalam kampus ataupun di luar kampus.

Bulletin

JUL DIS 2017 BM Opie V2 recovered Edition July - December 2017

Jan June 2017 v4 BM Aug2017 2 Edition January - June 2017

 

OUR SERVICE IN FACEBOOK

Log in