Disediakan oleh: Dr Amal Najihah Muhamad Nor & Cik Nivaarani Arumugam
Kluster Penyelidikan Tanah Tinggi Fakulti Sains Bumi (HRC-FSB) telah menganjurkan tinjauan awal ke Gunung Warpu pada 5 dan 6 Ogos 2018 yang mempunyai ketinggian lebih daripada 1,700 meter. Kedudukan Gunung Warpu adalah berhampiran dengan sempadan Kelantan dan Pahang serta boleh didaki melalui Tanah Tinggi Cameron menjadikan gunung ini satu tarikan kepada para pendaki. Pendakian santai adalah aktiviti lazim yang dilakukan di Gunung Warpu memandangkan gunung ini mudah untuk didaki dan mengambil masa yang singkat sahaja untuk sampai ke puncak. Kerja-kerja penyelidikan di kawasan gunung ini terutamanya peninjauan dan dokumentasi kepelbagaian biologinya juga adalah sangat minima. Maka pihak HRC-FSB telah merangka satu tinjauan saintifik untuk dijalankan bagi melihat potensi pelbagai kajian yang boleh dilakukan di Gunung Warpu.
![]() |
![]() |
Antara objektif tinjauan ini adalah mengumpul data bergambar; huraian ciri-ciri berkaitan kepelbagaian biologi, alam sekitar, fizikal dan sosioekonomi di Gunung Warpu untuk menghasilkan buku ‘The Wonders of Gunung Warpu’. Pihak yang akan terlibat secara langsung dalam ekspedisi saintifik Gunung Warpu adalah Jawatankuasa HRC-FSB. Turut terlibat adalah beberapa kumpulan penyelidik Universiti Malaysia Kelantan (UMK) yang terdiri daripada para pensyarah dan penyelidik yang mempunyai kepakaran dalam pelbagai bidang merangkumi flora, fauna, fizikal, geologi dan sosioekonomi. Seramai 8 orang pensyarah dan 2 pelajar tahun akhir telah menyertai program ini. Perlaksaan aktiviti seperti ini memberi banyak impak positif kepada pelbagai pihak. Data-data dan hasil tinjauan akan dibawa ke UMK selaku tempat pengumpulan data. Hasil tinjauan turut dapat digunakan sebagai bahan pengajaran di UMK dan penerbitan. dikehendaki.