Perbincangan Kerjasama Dua Hala Universiti Malaysia Kelantan di antara Agensi Remote Sensing Malaysia & Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia

Oleh: Dr. Norashikin Fauzi

Pada 5hb Julai 2018, rombongan daripada Fakulti Sains Bumi, UMK yang diketuai oleh YBhg. Dekan, Profesor Madya Dr. Aweng a/l Eh Rak, diiringi oleh Profesor Dr. Ibrahim Busu, Dr. Mohd. Yunus Zakaria, Dr. Amal Najihah dan Dr. Norashikin telah mengadakan kunjungan ke Agensi Remote Sensing Malaysia (ARSM).

Agenda utama perbincangan bersama pihak ARSM yang dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Penyelidikan dan Pembangunan) ARSM, En. Adnan Ismail adalah untuk mencapai konsensus dalam merangka draf memorandum persefahaman (MoU) bagi menjalinkan kerjasama dua hala. Turut hadir bersama adalah Ketua Seksyen Direktorat, Strategik dan Perhubungan Awam, Pn. Jamilah Ismail, Timbalan Ketua Pengarah (Teknikal), Pn. Nik Mazlina Nik Mustapha dan Pegawai Khas Ketua Pengarah, En. Kamaruzzaman Wahid.

Manakala pada 6hb Julai 2018, pihak FSB turut mengadakan perbincangan bersama Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah JUPEM, YBhg. Dato’ Sr Mohd Noor Isa. Semoga strategi jalinan kerjasama jangka panjang di antara kedua-dua pihak dapat direalisasikan dalam memperkukuhkan keunggulan perkhidmatan organisasi ARSM, JUPEM dan kecemerlangan akademik serta penyelidikan yang dijalankan oleh ahli akademik bersama para siswazah Universiti Malaysia Kelantan.

Bulletin

JUL DIS 2017 BM Opie V2 recovered Edition July - December 2017

Jan June 2017 v4 BM Aug2017 2 Edition January - June 2017

 

OUR SERVICE IN FACEBOOK

Log in