Massive Open Online Courses (MOOC) FSB raih dua pingat di Karnival E-Pembelajaran 2018

Oleh: Dr. Norashikin Fauzi

Secara ringkasnya, Massive Open Online Courses (MOOC) merupakan gabungan Open Educational Resource (OER) dengan Open Course Ware (OCW) yang terdapat dalam jaringan internet disertai dengan komunikasi serta interaksi antara pengajar dan pelajar di mana berlakunya proses pentaksiran di hujung kursus (Sandra, 2015). MOOC merupakan satu inovasi pembelajaran di mana akses terhadap kursus yang ditawarkan adalah secara terbuka dan percuma (Norazah et al., 2015; Patrick et al., 2015; Sandra, 2015; Jan, 2014; Lindsie, 2013) secara atas talian yang merangkumi 10,000 sehingga 100,000 orang pelajar pada satu masa (Ravista, 2015).

Selaras dengan kemajuan perkembangan MOOC, Fakulti Sains Bumi (FSB) dengan kerjasama Pusat Pembelajaran dan Pengajaran UMK telah turut membangunkan dan melaksanakan MOOC melalui platform OpenLearning.

Pada 2-3 Mei bertempat di Dewan Al Muktafi Billah Shah, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZa), Terengganu, MOOC Biodiversiti yang dibangunkan oleh dua orang pensyarah daripada FSB iaitu Cik Nivaarani a/p Arumugam dan Dr.Norashikin Fauzi bersama seorang pensyarah daripada Fakulti BioKejuruteraan Teknologi (FBKT), Pn. Nor Izaida Ibrahim, telah meraih pingat gangsa di pertandingan Karnival e-Pembelajaran UniSZA (UniCEL 2018). Karnival yang mempamerkan 90 produk berkaitan inovasi Pembelajaran dan Pengajaran (PdP) tersebut telah disertai oleh ahli akademik, penyelidik serta pelajar dari seluruh Malaysia. Menurut Naib Canselor UniSZA, Prof Dato Dr. Ahmad Zubaidi A. Latiff, tujuan karnival tersebut diadakan adalah untuk memberi pendedahan dan mempamerkan hasil inovasi berfokuskan PdP kepada komuniti setempat

10

 

 

 

2 Manakala pada 16 Mei, MOOC Pengenalan Kepada Sains Alam Sekitar yang dibangunkan oleh Dr. Nurul Syazana Abdul Halim   telah  meraih pingat perak di pertandingan Teaching Enhancement and Learning Innovation Carnival (TeLIC) 2018 anjuran   dalaman Universiti Malaysia Kelantan. Penyertaan karnival ini telah disertai oleh ahli akademik UMK yang telah membangunkan   MOOC sejak tahun 2016.

 Pengiktirafan yang diberikan kepada MOOC FSB samada di peringkat kebangsaan atau dalaman merupakan pencetus semangat   kepada ahli akademik FSB agar terus memperkasakan dan mempertingkatkan kualiti pengajaran MOOC. Semoga kelangsungan   MOOC FSB ini akan memberi impak terhadap gaya pembelajaran dan penyampaian ilmu pengetahuan atas talian kepada para   pelajar samada di dalam kampus ataupun di luar kampus.

Bulletin

JUL DIS 2017 BM Opie V2 recovered Edition July - December 2017

Jan June 2017 v4 BM Aug2017 2 Edition January - June 2017

 

OUR SERVICE IN FACEBOOK

Log in