Bengkel Penyediaan Fail Kursus Peringkat Fakulti Sains Bumi

Bengkel Penyediaan Fail Kursus Peringkat Fakulti Sains Bumi telah diadakan pada 31 Januari 2018 yang lalu bertempat di Dewan Kuliah 2, Kampus Jeli. Program dimulakan seawal jam 9.30 pagi ini telah dihadiri seramai lebih kurang 30 orang pensyarah Fakulti Sains Bumi (FSB).

Tujuan diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada para pensyarah tentang pengemaskinian fail kursus dengan tatacara yang betul di samping memperkenalkan borang fail kursus yang terkini untuk Semester Februari yang bakal tiba.

Penceramah terdiri daripada Dr. Norrimi Rosaida dan Dr. Suganthi yang menerangkan prosedur yang betul untuk pengisian borang FK1 dan FK2. Pengiraan jam belajar pelajar atau student learning time (SLT) juga turut dibincangkan bersama-sama semasa bengkel ini. Semasa sesi petangnya pula, para peserta diminta untuk mengisi borang FK1 dan FK2 bersama-sama berdasarkan kursus yang diajar. Turut membantu penceramah, Timbalan Dekan Akademik, Dr. Rozidani dan ahli pasukan penilai kendiri yang terdiri daripada Dr. Roniza Ismail, Dr. Syazana Abdul Halim, Dr. Musfiroh Jani, Dr. Kamarul Ariffin, Pn. Aaina Mardhiyah serta Cik Nivaarani juga turut bertindak sebagai fasilitator untuk membantu para peserta dalam pengisian dan pengiraan SLT masing-masing. Bengkel berjalan dengan lancar dan diharapkan pengemaskinian fail kursus FSB dapat dilaksanakan dengan jayanya pada semester yang akan datang.

Bengkel Penyediaan Fail Kursus

Bulletin

JUL DIS 2017 BM Opie V2 recovered Edition July - December 2017

Jan June 2017 v4 BM Aug2017 2 Edition January - June 2017

 

OUR SERVICE IN FACEBOOK

Log in