Bengkel Pengurusan Geran Penyelidikan (Amatur) 2018

Pada 24 Januari 2018, Jawatankuasa Penyelidikan dan Inovasi Fakulti Sains Bumi (FSB) telah menganjurkan bengkel pengurusan geran penyelidikan amatur yang mensasarkan kepada ahli akademik yang baharu mendapat geran penyelidikan pada akhir tahun 2017. Bengkel ini telah disertai oleh seramai 42 orang ahli akademik FSB termasuk penyelidik yang

33

Ucapan aluan oleh YBhg. Dekan Fakulti Sains Bumi, Prof. Madya Dr. Aweng A/L Eh Rak

berpengalaman untuk berkongsi kepakaran mereka kepada peserta yang telah hadir. Objektif penganjuran bengkel ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan mengenai pengurusan geran secara berhemah berdasarkan tatacara yang telah ditetapkan dan diamalkan di UMK. Pengisian Slot 1, para peserta didedahkan dengan kaedah pengurusan geran secara sistematik melalui ceramah bertajuk “Building Momentum in Research Development Management yang disampaikan oleh Dr. Yunus Zakaria. Pengalaman menguruskan penyelidikan dalam tempoh yang ditetapkan turut dikongsi oleh Profesor Dr. Ibrahim Busu melalui ceramah beliau yang bertajuk “Managing Research Project” pada Slot 2. Manakala ceramah Slot 3 bertajuk “Issues in Management of Research Grants” telah disampaikan oleh Pengarah Pejabat Perundingan Harta Intelek dan Pengkomersialan (CICO), Dr. Mohd Hafiz Jamaludin. Para peserta juga turut diberi pencerahan dan garis panduan pengurusan kewangan geran penyelidikan di UMK oleh Puan Nur Zezafiza Mohamed Zainuzain, pegawai dari Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMO), UMK.

C:\Users\ASHIKIN UMK\Pictures\Prof IB.jpeg

Akhir sekali, semua yang terlibat dalam bengkel ini telah memberikan kerjasama yang baik dan komitmen yang tinggi dalam menjayakan bengkel yang diadakan pada kali pertama ini dan berkemungkinan akan dilaksanakan secara berkala setiap tahun bagi membantu ahli akademik baharu pada masa akan datang.

C:\Users\ASHIKIN UMK\Pictures\Dr.hafiz (4).jpeg

Bulletin

JUL DIS 2017 BM Opie V2 recovered Edition July - December 2017

Jan June 2017 v4 BM Aug2017 2 Edition January - June 2017

 

OUR SERVICE IN FACEBOOK

Log in