Kursus Pengenalan Skim Akreditasi Makmal Malaysia (SAMM) dan ISO/IEC 17025

DSC_6990International Organization for Standardization (ISO)/ International Electrotechnical Commission (IEC) atau singkatannya ISO/IEC 17025, merupakan perpaduan antara persyaratan pengurusan dan persyaratan teknik  yang harus dipenuhi oleh makmal pengujian dan kalibrasi makmal. Badan akreditasi yang mengakui kompetensi pengujian makmal dan kalibrasi makmal menggunakan piawai ISO/IEC 17025 sebagai dasar pengendalian. Seusai  makmal mendapatkan akreditasi daripada badan akreditasi yang mempunyai perjanjian saling pengakuan (Mutual Recognition Agreements: MRA) dengan badan akreditasi negara lain, maka data hasil pengujian dan hasil kalibrasi daripada makmal yang bersangkutan akan diterima pakai oleh mereka yang terlibat dalam MRA.

Fakulti Sains Bumi (FSB) telah mensasarkan untuk mendapatkan akreditasi makmal bagi setiap makmal yang ada di fakulti. Oleh hal yang demikian, salah satu usaha yang dijalankan adalah dengan mengadakan Kursus Pengenalan Skim Akreditasi Makmal Malaysia (SAMM) dan ISO/IEC 17025 di Bilik Banquet, UMK Kampus Jeli pada 22 Januari 2018. Di sepanjang kursus ini, para peserta yang terdiri daripada pensyarah dan pembantu makmal FSB serta beberapa wakil daripada fakulti lain telah didedahkan dengan tatacara dan proses yang perlu dilalui oleh sesebuah makmal untuk mendapatkan akreditasi melalui pengkongsian daripada En. Wan Rukiman Wan Mamat, wakil daripada Jabatan Standard Malaysia (JSM).

C:\Users\ASHIKIN UMK\Pictures\niosh.jpg

Bulletin

JUL DIS 2017 BM Opie V2 recovered Edition July - December 2017

Jan June 2017 v4 BM Aug2017 2 Edition January - June 2017

 

OUR SERVICE IN FACEBOOK

Log in