Sustainability Science

FSB menawarkan Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan (Sains Kelestarian) dengan Kepujian. Program ini mempunyai tempoh pengajian selama lapan (8) semester dengan jumlah kredit minimum untuk pengijazahan 121 kredit. Matlamat khusus program ini adalah untuk:
i.Melahirkan graduan yang mempunyai kepakaran dan kemahiran untuk menjayakan kelestarian yang akan menjamin kepada kesejahteraan alam sekitar dan memastikan agenda alam sekitar negara dan global khususnya dalam aspek ekologi, sosial dan ekuiti serta ekonomi dapat dijayakan.
ii.Melahirkan graduan yang mampu menjaga dan menghargai pentingnya alam sekitar yang sihat dalam menjamin kelestarian persekitaran dan kehidupan manusia bagi memastikan kelangsungan aktiviti ekonomi yang stabil.
iii.Melatih graduan agar dapat mengorganisasi dan merekabentuk industri yang mesra alam seiring pembangunan negara tanpa menjejaskan ekonomi.
iv.Memberi penekanan kepada sains kelestarian melalui penyelidikan ke arah pendidikan sepanjang hayat dalam menghasilkan kaedah terkini pengurusan alam sekitar mengikut peredaran masa.
 
Tempoh Pengajian:8 Semester(4 tahun)
 
Jumlah Kredit Minimum Untuk Penganugerahan Ijazah:121 kredit

Bulletin

JUL DIS 2017 BM Opie V2 recovered Edition July - December 2017

Jan June 2017 v4 BM Aug2017 2 Edition January - June 2017

 

OUR SERVICE IN FACEBOOK

Log in